Dewan Negara Sesi Julai 2012: Peruntukan RM180 juta kepada peniaga kaum India

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

 

PERTANYAAN        :           LISAN

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH                     :           12 JULAI 2012 (KHAMIS)

 

SOALAN

Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa peratuskah telah diagihkan kepada peniaga-peniaga kaum India daripada peruntukan RM180 juta (seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri) yang diberikan sebagai pinjaman dan jabatan mana yang mengendalikan pengagihan ini.

 

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Memandangkan inisiatif ini baru sahaja diumumkan, sehingga kini enam (6) permohonan di bawah Program Peningkatan Perniagaan (Business Accelerator Programme – BAP) daripada peniaga India telah diterima oleh SME Corp. Malaysia dan sedang diproses. Usaha untuk mempromosikan inisiatif ini sedang giat dijalankan. Ini bagi memastikan usahawan India mengambil peluang khususnya dalam membangunkan kapasiti syarikat serta memperolehi kemudahan modal kerja.

Penyaluran dana ini dilaksanakan adalah melalui tiga (3) agensi dan 13 institusi kewangan:

i.      RM10 juta untuk BAP dan Program Pengukuhan & Peningkatan (Enrichment & Enhancement Programme – E2) yang dikendalikan oleh SME Corp. Malaysia dengan peruntukan masing-masing RM5 juta.

 

ii.      RM10 juta di bawah Skim Pinjaman Mudah untuk EKS (SLSME) yang dikendalikan oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF);

 

iii.      RM30 juta untuk pinjaman mikro kredit di bawah TEKUN; dan

 

iv.      RM130 juta di bawah Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah (SSFS), melibatkan 13 bank yang mana setiap bank masing-masing menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta:

 

  1. Affin Islamic Bank Berhad;
  2. Alliance Islamic Bank Berhad;
  3. Bank Islam Malaysia Berhad;
  4. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad;
  5. Bank Muamalat Malaysia Berhad;
  6. CIMB Islamic Bank Berhad;
  7. Hong Leong Islamic Bank Berhad;
  8. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad;
  9. Maybank Islamic Berhad;
  10. Public Islamic Bank Berhad;
  11. RHB Islamic Bank Berhad; dan
  12. HSBS Amanah Malaysia Berhad.

 

Sebenarnya, daripada 2006 sehingga Mei 2012, MITI telah meluluskan 376 permohonan bernilai RM40.76  juta di bawah Skim Geran dan Skim Pinjaman Mudah.

 

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: