Dewan Negara Sesi Julai 2012: Penternak lembu kaum India

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

 

PERTANYAAN        :           LISAN

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH                     :           16 JULAI 2012 (ISNIN)

 

SOALAN

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan statistik terkini penternak lembu mengikut kaum di seluruh negara dan kenapa ramai penternak lembu kaum India tidak mendapat bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

 

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Berdasarkan statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tahun 2010, jumlah penternak lembu/kerbau di negara ini adalah seramai 69,524 orang. Walau bagaimanapun statistik ini tidak merangkumi pecahan mengikut kaum. Namun begitu, bancian pada tahun 2006 menunjukkan seramai 34,745 penternak adalah kaum Melayu, 4,188 kaum India, 1,111 kaum Cina dan 2,664 orang terdiri daripada lain-lain kaum.

Penglibatan kaum India dalam sektor ruminan adalah lebih tertumpu dalam industri tenusu. Daripada 788 orang penternak lembu tenusu di Malaysia yang telah berdaftar dengan DVS, seramai 669 (84%) penternak terdiri daripada kaum India. Di bawah program National Key Economic Area (NKEA) Pertanian, Entry Point Project (EPP) 13 Kluster Tenusu, seramai 156 (74%) daripada 212 orang yang terpilih adalah terdiri daripada penternak kaum India. Penternak ini akan bekerjasama dengan syarikat anchor yang dilantik kerajaan iaitu Allied Dairy Sdn. Bhd. Melalui program EPP 13, penternak-penternak menerima bantuan baka lembu tenusu sebanyak 1,450 ekor diimport dari luar negara dan akan diagihkan kepada penternak-penternak selain diberi bantuan peralatan pemerahan dan simpanan susu.

Justeru itu, adalah tidak benar dakwaan kaum India tidak mendapat bantuan daripada Kerajaan. DVS sentiasa memberikan khidmat pengembangan dan bantuan teknikal kepada semua penternak di Malaysia tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan kefahaman politik.

 

ULASAN SENATOR DR. S. RAMAKRISHNAN MENGENAI JAWAPAN MENTERI

 

Terdapat ramai penternak kaum India di negeri Johor, namun kerajaan hanya beri sedikit bantuan kepada mereka. Contohnya, jika 10 ekor lembu diberi kepada penternak Melayu, hanya seekor diberi kepada penternak India di mana nisbahnya adalah 10:1. Kerajaan dilihat lebih mengutamakan penyokong BN untuk diberikan lembu, iaitu 70 peratus daripada jumlah penternak yang menerima bantuan lembu. Apa yang menjadi persoalan adalah bukan semua penyokong BN yang menerima bantuan lembu ini penternak sebenar, hanya segelintir sahaja. Manakala baki 30 peratus pula terpaksa diagihkan kepada penternak sebenar dan menjadikan seorang penternak hanya mendapat sedikit.

Menteri memberi jawapan semuanya berjalan lancar dan tiada masalah dalam pembahagian bantuan lembu. Tetapi di akar umbi penternak India mendapat bantuan yang sangat sedikit. Bantuan yang diterima pun adalah selepas PRU-12 pada tahun 2008, tetapi sebelum itu langsung tiada bantuan yang diberikan. Melihat kepada keadaan seperti ini, saya mahu penternak-penternak kaum India untuk menubuhkan satu persatuan di peringkat daerah atau negeri yang akan menjadi suara yang kuat dalam mendapatkan bantuan daripada kerajaan.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: