Dewan Negara Sesi Julai 2012: Graduan yang mengikuti program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

 

PERTANYAAN        :           LISAN

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH                     :           11 JULAI 2012 (RABU)

 

SOALAN

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan statistik mengikut kaum graduan yang mengikuti program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) sejak ia dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 1 Jun 2011 dan nyatakan juga statistik graduan yang ditawarkan pekerjaan mengikut kaum selepas mengikuti program SL1M ini.

 

JAWAPAN: YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

 

1.      Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengambilan ke program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) tidak mengikut kaum mahupun jantina. Ianya terbuka kepada semua graduan Ijazah Pertama yang tidak mempunyai pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat. Dilaksanakan oleh syarikat-syarikat secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

2.      Sehingga akhir Jun 2012, seramai 3,938 peserta telah berjaya menamatkan program yang mana 76% daripada kaum Melayu, 16% daripada Bumiputera Sabah dan Sarawak, 5% ialah kaum Indian dan 3% ialah kaum Cina. Daripada jumlah tersebut, 98% atau 3,879 telah berjaya mendapat pekerjaan, manakala 2% atau 59 peserta belum mendapat pekerjaan. Seorang daripada yang belum mendapat pekerjaan adalah daripada kaum India dan selebihnya kaum Melayu. Mereka sedang dibantu untuk mendapat pekerjaan melalui JobsMalaysia dan syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam program SL1M.

3.      Seramai 4,324 masih menjalani program SL1M di syarikat berkaitan Kerajaan dan swasta dengan komposisi kaum yang sama.

Sekian, terima kasih.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: