Dewan Negara Sesi Julai 2012: Alasan kerajaan tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

 

PERTANYAAN        :           LISAN

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH                     :           16 JULAI 2012 (ISNIN)

 

SOALAN

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapa kerajaan tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) untuk kemasukan ke IPTA sedangkan kelulusan atau sijil peperiksaan pelajar asing yang belajar di negara kita (seperti A-Level, International Baccalaureate Diploma (IBD), dll) diiktiraf, malah sijil UEC ini juga diiktiraf oleh banyak negara di seluruh dunia.

 

JAWAPAN:

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Senator yang mengemukakan pertanyaan.

 

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kementerian masih belum menerima Unified Examination Certificate (UEC) yang dikeluarkan oleh Malaysian Independent Chinese Secondary Schools (MICSS) sebagai kelayakan masuk ke IPTA, Kolej Tunku Abdul Rahman dan program-program IPTS yang difrancais daripada IPTA, memandangkan sistem pengajaran dan pembelajaran MICSS tidak mengguna pakai dasar dan kurikulum sistem Pendidikan Kebangsaan.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: