Dewan Negara Sesi Julai 2012: Bilangan murid Melayu belajar di SJKC

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

 

PERTANYAAN        :           LISAN

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH                     :           10 JULAI 2012 (SELASA)

 

SOALAN

 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah kerajaan ada membuat apa-apa kajian mengapa ramai murid kaum Melayu yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Dianggarkan 80,000 daripada 600,000 murid Melayu belajar di SJKC dan angka ini dilihat semakin meningkat.

 

JAWAPAN

 

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, negara Malaysia mengamalkan prinsip pendemokrasian pendidikan. Oleh itu, ibu bapa diberi peluang untuk memilih dan menentukan corak pendidikan anak mereka mengikut kehendak ibu bapa masing-masing. Pada peringkat pendidikan rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menawarkan pendidikan dan kurikulum yang seragam untuk semua SK, SJKC dan SJKT walaupun menggunakan bahasa pengantar yang berbeza. Oleh itu, semua murid di sekolah rendah mendapat input pengetahuan yang sama walaupun menggunakan bahasa pengantar yang berbeza.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan keseluruhan pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) ialah 589,802 orang. Bilangan ini mewakili kumpulan kaum Melayu Bumiputera sebanyak 58,703 orang pelajar, Cina 512,922 orang pelajar, India sebanyak 11,096 orang pelajar dan lain-lain sebanyak 7,081 orang pelajar. Mengikut data ini sekiranya dilihat secara terperinci, kaum Melayu hanyalah seramai 31,396 orang pelajar daripada jumlah keseluruhan pelajar di SJKC seluruh negara.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: