Dewan Negara Sesi Julai 2012: Pembekal (vendor) kepada jabatan kerajaan dan GLC

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

 

PERTANYAAN          :           LISAN

DARIPADA                :           DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH                      :           10 JULAI 2012 (SELASA)

 

SOALAN

 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk membenarkan syarikat bukan bumiputera untuk menjadi pembekal (vendor) kepada jabatan atau agensi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

 

JAWAPAN

Tuan Yang DI-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan komuniti perniagaan yang lebih berdaya saing, Kerajaan sentiasa memberi peluang kepada mana-mana syarikat yang berkelayakan untuk menyertai perolehan Kerajaan.

2.         Mana-mana pembekal/syarikat sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan boleh mengambil bahagian dalam perolehan Kerajaan bagi perolehan bekalan/perkhidmatan sehingga RM50,000 setahun. Bagi urusan perolehan secara sebut harga dan tender, mana-mana syarikat boleh mengambil bahagian dalam perolehan Kerajaan dengan mereka hendaklah berdaftar seperti berikut:

a)      Kementerian Kewangan bagi perolehan bekalan/perkhidmatan; dan

b)      Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIBD) bagi perolehan kerja.

3.         Bagi syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs), tadbir urus dan tatacara perolehan dilaksanakan berdasarkan kerperluan dan peraturan di bawah seliaan lembaga syarikat masing-masing.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: