Dewan Negara Sesi Julai 2012: Langkah menambahkan perbelanjaan pelancong asing

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

 

PERTANYAAN          :           LISAN

DARIPADA                :           DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH                      :           10 JULAI 2012 (SELASA)

 

SOALAN

 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah langkah kerajaan untuk menggalakkan dan menambahkan perbelanjaan pelancong asing di negara kita yang dilaporkan sangat kurang berbanding dengan negara-negara jiran.

 

JAWAPAN

 

Tuan Yang DI-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Dr. S. Ramakrishnan, pendapatan sektor pelancongan di Malaysia jika dibanding dengan negara-negara jiran tidak begitu banyak perbezaan. Daripada jumlah kedatangan pelancong asing pada 2011, Malaysia menerima 24.71 juta orang pelancong, manakala Thailand menerima seramai 19.1 juta orang pelancong dan Singapura menerima seramai 10.4 juta orang pelancong.

Kementerian Pelancongan telah merangka Pelan Transformasi Pelancongan (MTTP) bagi menggalakkan kedatangan pelancong asing dan menambahkan perbelanjaan pelancong asing di Malaysia mulai sekarang sehingga tahun 2020. Sasaran ketibaan pelancong asing seramai 36 juta orang dengan pendapatan sebanyak RM168 bilion di bawah MTTP merupakan sasaran peningkatan tiga kali pendapatan pelancong dan peningkatan satu setengah kali kedatangan pelancong menjelang tahun 2020.

Ke arah ini, 5 tema iaitu Affordable Luxury, Family Fun, Event Entertainment and Spa, Sports, Business Tourism and Nature Adventure telah dikenalpasti sebagai asas pembangunan sektor pelancongan berpandukan kepada keperluan dan kehendak pelbagai segmen pasaran, terutamanya segmen pelancong yang berprestij dan berbelanja tinggi. Jika pelancong-pelancong ini berbelanja tinggi, pendapatan di dalam sektor pelancongan akan meningkat.

Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia telah dan sedang mengambil beberapa langkah di peringkat Kementerian dan negeri bagi memaju dan meningkatkan daya saingan industri pelancongan negara ini terutamanya bagi menambah tempoh tinggal pelancong di Malaysia (length of stay). Langkah-langkah ini meliputi perkara-perkara seperti yang berikut:

1)      Membangunkan produk pelancongan baru dan pusat membeli-belah terkemuka seperti Taman Tema Legoland Malaysia, Johor Premium Outlet, Pusat membeli-belah Bukit Bintang dan KLCC.

2.)     Memperkenalkan acara pelancongan baru seperti Fabulous Food 1Malaysia dan 1Malaysia International Tourism Night Floral Parade;

3)      Penganjuran siri Jualan Mega Malaysia iaitu 1Malaysia GP Sale, 1Malaysia Mega Sale Carnival, 1Malaysia Year End Sale (YES) dalam usaha menonjolkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan membeli-belah duty free yang unggul dan bertaraf antarabangsa, selaras dengan usaha Kementerian untuk menjadikan Malaysia sebagai “Shopping Haven”;

4)      Pewujudan pakej-pakej “Luxury Malaysia” yang merangkumi pakej penginapan di hotel-hotel mewah dan di hotel butik, berbelanja di pusat membeli-belah berprestij, menikmati aktiviti mewah seperti rawatan spa, helicopter tour dan permainan golf;

5)      Penganjuran acara-acara seperti Islamic Fashion Festival (IFF) yang menarik pelancong dari Asia Barat membeli rekaan busana muslim yang dipamerkan;

6)      Memberi fokus kepada produk niche seperti G3A (Golden Third Age), SOL / SOM (Sophisticated Office Ladies / Sophisticated Office Men); dan

7)      Mengamalkan media baru dalam mempromosikan daya tarikan negara seperti melalui Facebook, Twitter, Bolgs, dan sebagainya.

Dengan penambahan produk-produk baru yang lebih inovatif, pelancong-pelancong antarabangsa akan tinggal lebih lama dan akan berbelanja lebih banyak di Malaysia sekaligus akan meningkatkan pendapatan negara dalam sektor pelancongan.

 

 

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: