Dewan Negara Sesi Julai 2012: Sekolah aliran Inggeris

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

 

PERTANYAAN          :           LISAN

DARIPADA                :           DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH                      :           9 JULAI 2012 (Isnin)

 

SOALAN

 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengapa Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ketika ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara yang sangat bertentangan dengan dasar kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Jika IPTA dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris mengapa kerajaan tidak boleh mewujudkan sekolah aliran Inggeris.

 

JAWAPAN

 

Tuan Yang DI-Pertua,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyediakan pendidikan di negara ini tetapi juga bertanggungjawab terhadap kemenjadian murid selain menghasilkan modal insan berkualiti dan mempunyai jati diri yang mantap selaras dengan Dasar Pendidikan Negara dan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, KPM berkeyakinan dengan sistem pendidikan sekarang yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah masih relevan dan akhirnya mencapai hasrat yang diharapkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini KPM masih mengekalkan aliran Bahasa Kebangsaan dalam mana-mana sistem persekolahan kebangsaan KPM kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan. KPM perlu meneliti secara mendalam sejauh mana cadangan mewujudkan sekolah aliran Inggeris praktikal untuk dilaksanakan. Namun begitu, penggunaan Bahasa Inggeris tidak pernah dipinggirkan malah mata pelajaran tersebut merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar di semua sekolah. KPM juga sedang melaksanakan strategi untuk meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa Inggeris melalui Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Dasar Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) bertujuan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan untuk keperluan kerjaya. Di samping itu, penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar membolehkan maklumat melalui internet dicapai serta boleh membuat jaringan dengan pelajar dalam dan luar negara bagi mendapatkan pembelajaran secara autentik. Bagi mencapan hasrat tersebut, KPM melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bahasa Inggeris di setiap peringkat persekolahan.

 

 

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: