Dewan Negara Sesi Julai 2012: Pengharaman buku

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

 

PERTANYAAN          :           LISAN

DARIPADA                :           DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH                      :           9 JULAI 2012 (Isnin)

 

SOALAN

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah kerajaan akan membahaskan secara terbuka isu-isu yang menjadi pertikaian dalam buku-buku yang diharamkan penerbitannya dan apakah kaedah atau mekanisma yang digunakan dalam menentukan pengharaman sesuatu buku serta nyatakan juga jabatan-jabatan yang terlibat.

 

JAWAPAN

 

Tuan Yang DI-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dr. S. Ramakrishnan yang mengemukakan pertanyaan.

Suka saya menjelaskan bahawa, melalui Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP 1984), Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertangunggjawab memantau bahan-bahan penerbitan yang mana termasuk buku-buku supaya tidak mengandungi  kenyataan atau apa-apa perkara lain yang mengikut apa-apa jua cara memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.

Sekiranya mana-mana penerbitan menyiarkan apa-apa jua bentuk isi kandungan yang sedemikian seperti yang telah saya nyatakan tadi, tindakan mengenakan Perintah Larangan (yang biasanya disebut diharamkan) boleh dikeluarkan, juga di bawah Seksyen 7(1) Akta yang sama.

 

 

Tuan Yang DI-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator dan Dewan yang mulia ini, pada masa ini, Kerajaan berpendapat perbincangan secara terbuka ke atas kandungan penerbitan yang diharamkan adalah tidak perlu diadakan kerana sebelum membuat keputusan, Kementerian juga di mana diperlukan sentiasa merujuk kepada Jabatan/Agensi yang relevan dengan isu-isu yang ditimbulkan dengan perkara-perkara yang bertentangan seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 7(1) AMCP 1984.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: