Dewan Negara Sesi April – Mei 2012: Wujudkan sekolah aliran Inggeris

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA


PERTANYAAN        :           LISAN

 

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

 

TARIKH                     :           7 MEI 2012 (Isnin)

 

 

SOALAN

 

 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengapa kerajaan tidak boleh mewujudkan sekolah aliran Inggeris jika sekolah Cina, Tamil, dan Agama boleh diwujudkan bersama sekolah kebangsaan.

 

 

JAWAPAN

 

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

 

Berlandaskan kepada dasar pendidikan kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bahasa pengantar di semua institusi pendidikan ialah bahasa kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28. Namun, bahasa Inggeris tidak pernah dipinggirkan malah mata pelajaran tersebut merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar di sekolah.

 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid dengan memperkenalkan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Dasar Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) bertujuan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat antarabangsa.

 

Bahasa Inggeris membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan untuk keperluan kerjaya. Di samping itu, penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar membolehkan maklumat melalui internet dicapai serta boleh membuat jaringan dengan pelajar dalam dan luar negara bagi mendapatkan pembelajaran secara autentik. Bagi mencapai hasrat tersebut, KPM melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bahasa Inggeris di setiap peringkat sekolah.

 

Walau bagaimanapun, cadagan memperkenalkan sekolah aliran Inggeris akan diteliti dan dibincangkan dengan pihak-pihak berkepentingan temasuk implikasi perundangan sebelum sebarang keputusan boleh dibuat.

 

 

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: