Dewan Negara Sesi April – Mei 2012: Statistik murid kelas peralihan dari SJKC dan SJKT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA


PERTANYAAN        :           LISAN

 

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

 

TARIKH                     :           10 MEI 2012 (Khamis)

 

 

SOALAN

 

 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PELAJARAN menyatakan

 

a)        statistik dan peratusan murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil dan Cina yang mengikuti kelas peralihan dan statistik murid ini yang meneruskan pengajian ke tingkatan 1 bagi tempoh lima tahun lepas; dan

 

b)        mengapa kementerian tidak melantik guru-guru yang memahami bahasa Cina dan Tamil bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kelas peralihan memandangkan kebanyakan murid yang mengikuti kelas ini adalah kaum Cina dan India yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Nyatakan juga usaha yang dilakukan untuk menarik minat murid kelas peralihan untuk belajar.

 

 

JAWAPAN

 

 

(a) dan (b)

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

Statistik murid yang mengikuti kelas peralihan bagi lima (5) tahun iaitu tahun 2007 hingga 2011 termasuk murid dari SJKC dan SJKT adalah seramai 145,190 orang murid dan daripada jumlah tersebut, kebanyakan murid-murid tersebut melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1. Ini disebabkan oleh langkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan dasar kenaikan secara automatik.

 

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: