Dewan Negara Sesi April – Mei 2012: Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA


PERTANYAAN        :           LISAN

 

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

 

TARIKH                     :           3 MEI 2012 (Khamis)

 

 

SOALAN

 

 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan:

 

(a)      berapa tempatkah yang dipasang Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) dan di mana; dan

 

(b)      bagaimana Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) memeriksa Sistem SAATNM itu bagi memastikan penyelenggaraan sistem itu dilakukan dengan baik supaya ia dapat berfungsi dengan betul jika tsunami berlaku dan adakah sistem itu diuji dari semasa ke semasa.

 

 

JAWAPAN

 

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

 

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah mewujudkan Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) pada tahun 2005. Tujuannya ialah untuk mengeluarkan amaran awal tsunami kepada penduduk di kawasan pantai sekiranya berlaku tsunami yang mengancam negara.

 

Sistem SAATNM ditempatkan di seluruh negara khusunya di kawasan berisiko seperti Langkawi, Kedah dan Sabah. Sistem ini mempunyai 3 komponen utama iaitu:

 

(i)      Komponen Pemantauan yang meliputi 17 stesen seismik, 27 stesen strong motion, 18 stesen kamera pantai, 2 buah pelampung tsunami dan 17 stesen tolok pasang surut. Bagi tujuan pemantauan gempa bumi dan tsunami, stesen-stesen di Malaysia sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, stesen-stesen pemantauan antarabangsa diperlukan. Komponen pemantauan SAATNM juga diperlengkapkan dengan 77 stesen seismik, 90 stesen tolok pasang surut dan 16 pelampung antarabangsa.

 

(ii)     Komponen Penganalisaan yang meliputi perisian Antelope, SeiscomP dan Early Bird bagi menentukan lokasi, magnitud, dan kedalaman gempa bumi dan pangkalan data yang telah dihitung (pre-computed) daripada model tsunami yang memberikan masa ketibaan dan ketinggian ombak tsunami; dan

 

(iii)    Kompnen Penyebaran Maklumat dan Amaran meiputi 23 siren tsunami yang terletak di kawasan yang berisiko yang menggunakan short messanging system (SMS), faksimili, talian telefon dan laman web termasuk media sosial Facebook dan Twitter, TV Crawlers dan Sistem Amaran Talian Tetap (Fixed Line Alert System) – FLAS). Sistem FLAS digunakan untuk amaran tsunami yang memerlukan penduduk di kawasan pantai berpindah. Kini SAATNM berupaya memberi maklumat awal gempa bumi dan tsunami dalam tempoh 10 minit dari masa kejadian gempa dikesan.

 

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

Bagi memastikan semua peralatan dan sub-sistem dalam SAATNM dapat berfungsi dengan baik, JMM menjalankan penyelenggaraan berkala sistem seismik sebanyak 17 stesen setiap bulan. Penyelenggaraan berkala sub-sistem siren, kamera pantai, tolok pasang surut, pelampung tsunami dan SMS Gateway dikendalikan bersama kontraktor projek iaitu Astronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB) setiap 6 bulan. Sekiranya kerosakan berlaku bagi sesuatu alat maka tindakan akan diambil dengan segera mengikut kontrak penyelenggaraan bagi memulihkannya.

 

Selain daripada itu, bagi memastikan semua sub-sistem dalan SAATNM berfungsi dengan baik, keberkesanan Prosidur Tetap Operasi antara JMM dengan agensi pengurusan bencana, JMM dan Majlis Keselamatan Negara telah mengadakan latih amal tsunami di kawasan berisiko seperti Langkawi, Kedah dan Sabah. Latih amal ini diadakan di lokasi yang berlainan pada setiap tahun. Ia juga menguji kesiapsiagaan agensi pengurusan bencana tempatan dan penduduk di kawasan pantai terhadap ancaman tsunami.

 

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: