Dewan Negara Sesi April – Mei 2012: Rezab minyak dan gas negara

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA


PERTANYAAN        :           LISAN

 

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

 

TARIKH                     :           24 April 2012 (Selasa)

 

 

SOALAN

 

 

Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa tahun lagi rezab minyak dan gas negara kita boleh bertahan jika melihat kepada kadar pengeluarannya pada masa ini dan apakah rancangan persediaan kerajaan untuk menghadapi masa depan tanpa minyak dan gas sendiri.

 

 

JAWAPAN

 

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

 

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kadar pengeluaran semasa sebanyak lebih kurang 600,000 tong sehari, rizab minyak dan gas Malaysia boleh bertahan selama lebih kurang 34 tahun. Kadar penurunan pengeluaran minyak dan gas tidak akan berlaku secara mendadak sebaliknya akan menurun secara beransur-ansur sekiranya tiada usaha atau langkah-langkah aktif diambil oleh pihak PETRONAS untuk mencari medan-medan minyak baru.

 

Kebergantungan kepada sumber asli seperti petroleum dan gas asli tidak akan kekal untuk selama-lamanya memandangkan sumber asli ini semakin menyusut. Menyedari hakikat ini, PETRONAS sejak dari tahun 1980an lagi telah dan sedang mengambil pelbagai inisiatif ke arah memastikan supaya bekalan petroleum sentiasa dapat memenuhi keperluan negara. Dalam hubungan ini, PETRONAS akan terus menjalankan aktiviti penerokaan bagi mencari medan minyak baru untuk dibangunkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa bertambah dan untuk keperluan generasi akan datang. Beberapa langkah telah dirancang oleh PETRONAS dengan mengoptimumkan aktiviti cari gali, pembangunan dan pengeluaran seperti mencergaskan semula telaga sedia ada menerusi teknik perolehan minyak tertingkat dan membangunkan telaga-telaga kecil melalui penyelesaian berinovasi. Di samping itu, PETRONAS juga mengambil inisiatif untuk melabur dalam aktiviti carigali minyak dan gas di luar negara bagi mendapatkan sumber rizab minyak dan gas baru untuk negara. Langkah untuk mengimport gas dari luar negara juga akan dilaksanakan oleh PETRONAS dengan membina loji dan terminal regastification yang dijangka akan siap pada bulan Ogos 2012.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: