Dewan Negara Sesi April – Mei 2012: Peruntukan membina dan menaiktaraf SJKT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA


PERTANYAAN        :           LISAN

 

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

 

TARIKH                     :           24 April 2012 (Selasa)

 

 

SOALAN

 

 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PELAJARAN menyatakan nama-nama Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan jumlah wang yang diperuntukkan untuk setiap sekolah selepas Perdana Menteri mengumumkan sebanyak RM440 juta telah dibelanjakan untuk membina dan menaik taraf SJKT di seluruh negara sejak tahun 2009.

 

 

JAWAPAN

 

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa memastikan pendidikan bagi masyarakat India tidak diabaikan dalam peningkatan pembelajaran dan pengajaran (p&p) di Malaysia. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMKe-9), sebanyak RM153.69 juta telah diperuntukkan bagi membina dan menaiktaraf 514 SJKT di seluruh negara. Sehingga kini, di bawah RMKe-10 sebanyak RM44.64 juta telah diperuntukkan untuk membina dan menaiktaraf 66 buah SJKT. KPM juga telah merancang untuk melaksanakan 225 projek penyelenggaraan di bawah program Pakej Rangsangan Khas (PRK) 2012 di seluruh negara di bawah skop penyelenggaraan bangunan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: