Dewan Negara Sesi April – Mei 2012: Penyelewengan NFC

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA


PERTANYAAN        :           LISAN

 

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

 

TARIKH                     :           25 April 2012 (Rabu)

 

 

SOALAN

 

 

Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan:

 

(a)      apakah pembaharuan yang dibuat dalam pemberian peruntukan dana kerajaan bagi memastikan wang yang diberikan digunakan dengan sebaik-baiknya selepas  pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan (NFC); dan

 

(b)      bagaimana projek NFC boleh diberikan kepada syarikat yang tiada kepakaran dan pengalaman dalam bidang penternakan komersil.

 

 

JAWAPAN

 

 

Soalan (b) sahaja yang dijawab

 

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

 

Pusat Fidlot Nasional (PFN) adalah projek penternakan lembu fidlot yang dijalankan di Gemas, Negeri Sembilan dengan matlamat untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan dalam negara manakala Nasional Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) adalah syarikat yang dilantik kerajaan sebagai integrator projek di PFN.

 

Memandangkan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat menyentuh perkara yang masih dalam tindakan mahkamah (Kerajaan Malaysia lawan Datuk Mohamad Salleh bin Ismail no kes: 62-173-03-2012 dan 62-174-03-2012), ulasan tidak dapat diberikan kerana dikhuatiri akan menimbulkan subjudis terhadap siasatan.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: