Dewan Negara Sesi April – Mei 2012: Pengaliran wang haram ke luar negara

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA


PERTANYAAN        :           LISAN

 

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

 

TARIKH                     :           2 MEI 2012 (Rabu)

 

 

SOALAN

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah hasil siasatan tentang pengaliran wang haram ke luar negara sebanyak RM1 trillion sejak tahun 2000 hingga 2010, seperti yang dilaporkan oleh Global Financial Integrity (GFI) pada bulan Disember 2011 yang lalu. Bagaimanakah wang haram yang begitu besar jumlahnya boleh mengalir keluar dari Malaysia tanpa dapat dikesan oleh Bank Negara Malaysia.

JAWAPAN

 

 

Tuan Yang Di-Pertua,

Saya mohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Dr. S. Ramakrishnan bersama-sama soalan dari Yang Berhormat Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor yang dijadualkan dijawab pada 7 Mei 2012 kerana kedua-duanya menyentuh perkara dan isu yang sama.

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah aliran keluar dana secara haram yang dilaporkan oleh Global Financial Integrity (GFI) berkemungkinan terlebih anggar. Perkara ini disebabkan oleh dua faktor iaitu:

(i)      Anggaran tersebut tidak mengambil kira pelaburan portfolio serta pelaburan lain yang merupakan komponen aliran kewangan yang penting bagi statistik Balance of Payment (BOP) Malaysia pada dekad terkini; dan

(ii)     Anggaran aliran kewangan haram melalui Trade Mispricing, mungkin disebabkan oleh ralat sistematik dalam penyusunan data oleh Malaysia dan rakan dagangan Malaysia. Ada kemungkinan jumlah ralat tersebut adalah besar disebabkan pendedahan perdagangan kerana Malaysia merupakan ekonomi yang terbuka.

Kerajaan telah melaksanakan usaha-usaha bersepadu dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa pelbagai agensi yang bekerjasama untuk mengurangkan dan menegah aliran dana keluar secara haram daripada Malaysia. Langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia adalah seperti berikut:

(i)      menguatkuasakan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2012 dan mempertingkatkan rangka kerja penyeliaan di bawah Akta tersebut; dan

(ii)     menjalinkan kerjasama antarabangsa dan perkongsian maklumat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang asing untuk tujuan perkongsian hasil risikan dan bukti bagi transaksi merentas sempadan juga telah dipertingkatkan.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: