Dewan Negara Sesi April – Mei 2012: Pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA


PERTANYAAN        :           LISAN

 

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

 

TARIKH                     :           2 MEI 2012 (Rabu)

 

 

SOALAN

 

 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kebaikan dan manfaat pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi dan adakah kebaikannya lebih banyak berbanding dengan keburukannya yang kita semua sedia maklum.

 

 

JAWAPAN

 

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

Projek pemprosesan nadir bumi merupakan industri yang strategik dan memberi faedah kepada negara kerana:

 

(a)       Malaysia akan menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang menghasilkan bahan mentah/input yang penting bagi keluaran berteknologi tinggi seperti compact florescent lamp, auto catalytic converter, flat panel displat, disk drives dan super magnets for renewable energy industry;

 

(b)       mewujudkan peluang pekerjaan setelah kilang beroperasi serta peluang pekerjaan daripada spin-off industri huluan sedia ada dan industri hiliran yang baru;

 

(c)        Meningkatkan pendapatan pertukaran mata wang asing;

 

(d)       pemindahan teknologi dengan menyediakan latihan kepada pekerja-pekerja tempatan;

 

(e)       menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan;

 

(f)        pembelian bahan mentah tempatan;

 

(g)       menjana aktiviti ekonomi daripada perkhidmatan tempatan dan penggunaan utiliti seperti elektrik dan air;

 

(h)       spin-off kepada industri huluan tempatan seperti kilang baru asid sulfurik dan perluasan industri hidroklorik; dan

 

(i)         potensi untuk menarik pelaburan baru terutama dalam sektor hiliran berteknologi tinggi yang menggunakan nadir bumi sebagai bahan menta/input.

 

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

Walau bagaimanapun, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan orang awam sentiasa terpelihara, kelulusan projek nadir bumi adalah tertakluk kepada pengawasan dan kawalan dua Akta, iaitu;

 

(a)       Akta Perlesenan Tenaga Atom, 1984 di bawah LPTA; dan

 

(b)       Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1970 di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS).

 

Ini bermakna, lesen yang akan dikeluarkan kepada syarikat pemprosesan nadir bumi, pada bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik dan operasi diberhentikan dengan serta merta jika syarikat melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan di bawah kedua-dua Akta tersebut dan peraturan-peraturannya yang berkaitan.

 

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek nadir bumi adalah ditentukan berdasarkan fakta saintifik dan terknikal bahawa ianya adalah ditentukan dari segi keselamatan dan tidak membahayakan kesihatan orang awam serta tidak menjejaskan alam sekitar.

 

 

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: