Dewan Negara Sesi April – Mei 2012: Pegawai pemantau atau penilai (inspector) SJKT dan SJKC

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA


PERTANYAAN        :           LISAN

 

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

 

TARIKH                     :           9 MEI 2012 (Rabu)

 

 

SOALAN

 

 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengapa kementerian tidak melantik pegawai pemantau atau penilai (inspector) yang memahami bahasa Cina dan Tamil untuk membuat pemantauan dan penilaian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

 

 

JAWAPAN

 

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa prihatin terhadap peningkatan dan pemantauan kualiti sistem pendidikan kebangsaan, sama ada di sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan di negara ini. Justeru itu, selain daripada menyediakan kemudahan dari segi sumber manusia, infrastruktur dan kewangan, KPM juga menjalankan pemantauan secara berkala ke atas semua institusi pendidikan di bawah KPM bagi memastikan mutu dan kualiti pendidikan berada di tahap yang memenuhi piawaian yang telah ditetapkan.

 

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penaziran bagi subjek Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dijalankan oleh nazir opsyen Bahasa Mandarin dan nazir opsyen Bahasa Tamil. Langkah ini diambil kerana KPM prihatin dengan situasi dan keperluan SJKC dan SJKT yang berlainan aliran dengan sekolah kebangsaan.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: