Dewan Negara Sesi April – Mei 2012: Bilangan pembayar cukai pendapatan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA


PERTANYAAN        :           LISAN

 

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

 

TARIKH                     :           3 MEI 2012 (Khamis)

 

 

SOALAN

 

 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa:

 

(a)    bilangan pembayar cukai pendapatan sangat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah rakyat di Malaysia iaitu seramai kira-kira 28 juta orang ketika ini. Dilaporkan bahawa pada masa ini hanya seramai 1 juta rakyat negara ini yang membayar cukai pendapatan; dan

 

(b)      berapa peratus penjawat awam yang membayar cukai pendapatan.

 

 

JAWAPAN

 

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

 

Untuk makluman Yang Berhormat, dalam tahun 2010, bilangan individu yang berdaftar sebagai pembayar cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah seramai 6.6 juta orang iaitu 57% berbanding jumlah tenaga kerja seramai 11.5 juta orang. Daripada jumlah mereka yang berdaftar, sebanyak 26% atau kira-kira 1.7 juta orang layak dikenakan cukai pendapatan dalam tahun taksiran 2010. Dalam konteks komposisi penjawat awam yang membayar cukai pendapatan, sebanyak 18% atau kira-kira 230,000 orang daripada kira-kira 1.3 juta orang membayar cukai pendapatan.

 

Kedudukan bilangan pembayar cukai pendapatan individu semasa di Malaysia pada lingkungan 1.7 juta orang ini adalah hasil daripada dasar dan inisiatif kerajaan yang prihatin bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan cukai pendapatan yang terlalu tinggi supaya penjimatan cukai dapat digunakan bagi tujuan perbelanjaan asasi. Dalam tempoh 10 tahun yang lepas, kerajaan telah beberapa kali mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu, kenaikan amaun pelepasan cukai sedia ada serta memberi beberaja jenis pelepasan cukai baru bagi tujuan mengurangkan tanggungan cukai rakyat. Sehingga kini, terdapat kira-kira 20 jenis pelepasan cukai dan 2 jenis rebat yang boleh dituntut oleh pembayar cukai individu bagi tujuan mengurangkan tanggungan cukai mereka.

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan pengurangan kadar cukai pendapatan individu, pemberian atau tambahan pelepasan cukai dan rebat cukai kepada pembayar cukai pendapatan individu jelas mengurangkan tanggungan cukai dan pada masa yang sama mengeluarkan sebilangan mereka daripada tanggungan membayar cukai. Secara amnya, bagi tahun taksiran 2010, individu yang belum berkahwin tidak dikenakan cukai pendapatan jika pendapatan mereka tidak melebihi RM2,700 sebulan. Bagi mereka yang berkahwin di mana pasangannya tiada sumber pendapatan, cukai pendapatan tidak terkena jika pendapatan bulanannya adalah RM3,500.

 

Akhirnya ditegaskan lagi di sini bahawa kepentingan rakyat sebagai pembayar cukai pendapatan sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan. Bahkan, kerajaan sentiasa mengkaji dasar percukaiannya bagi memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan tanggungan cukai dan pada masa yang sama rakyat yang perlu membayar cukai tidak terlepas daripada tanggungjawab mereka selari dengan aspirasi dan wawasan negara menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

 

Sekian, terima kasih.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: