Dewan Negara Sesi April – Mei 2012: Pengundi mencurigakan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA


PERTANYAAN        :           LISAN

 

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

 

TARIKH                     :           23 April 2012 (Isnin)

 

 

SOALAN

 

Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan:

 

(a)      adakah kira-kira 200,000 nama pengundi berdaftar yang mencurigakan dibersihkan selepas semakan audit dibuat oleh Institut Sistem Mikroelektrik Malaysia (MIMOS)

 

(b)      adakah pembersihan dibuat seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) dan apakah penambahbaikan yang telah dilakukan ke atas kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti oleh MIMOS.

 

 

JAWAPAN

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

(a)      Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil verifikasi MIMOS dalam Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (DR3/2011) berhubung kerjasama MIMOS untuk membantu dalam urusan pembersihan daftar pemilih SPR adalah seperti berikut:

 

(i)        Tiada rekod bertindih ditemui dalam daftar pemilih, untuk nombor pengenalan 12 angka, Nombor Perkhidmatan Tentera dan Nombor Perkhidmatan Polis;

 

(ii)      Tidak terdapat nama pemilih yang telah meninggal dunia dalam daftar pemilih;

 

(iii)     Tidak terdapat pemilih yng bukan bertaraf warganegara dalam daftar pemilih;

 

(iv)     Tidak terdapat pemilih yang berumur kurang 21 tahun dalam daftar pemilih;

 

(v)      Terdapat seramai 21,807 pemilih berumur 90 tahun dan ke atas dalam daftar pemilih.

 

Walau bagaimanapun hasil verifikasi tersebut tidak menyatakan tentang kira-kira 200,000 nama pengundi berdaftar yang mencurigakan.

 

 

(b)      SPR diperuntukkan kuasa untuk melaksanakan pembersihan daftar pemilih berdasarkan peruntukan Peraturan 10 dan 25 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 iaitu memotong nama pemilih yang telah hilang kelayakan sebagai pemilih dengan disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Bagi maksud cadangan pembersihan daftar pemilih seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, SPR tiada halangan untuk melaksanakannya selagi mana ia adalah selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Bagi mana-mana cadangan yang melibatkan melibatkan tindakan pembersihan di luar peruntukan undang-undang sedia ada, SPR akan mengkaji peruntukan tatacara bagi membolehkan cadangan tersebut dilaksanakan berdasarkan kuasa yang ditetapkan dalam undang-undang.

 

 

Sekian, terima kasih.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: