Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Peratusan peruntukan pendidikan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

DEWAN NEGARA SESI DISEMBER 2011

  

PERTANYAAN        :           BERTULIS

 

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

  

 

SOALAN:

 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:

 

(a)          peratusan peruntukan pendidikan yang telah diagihkan untuk pembiayaan pendidikan sekolah Tamil, Cina dan kebangsaan merujuk kepada Bajet Negara tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011; dan

 

(b)          apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah Tamil dan Cina yang selalu mengadu kekurangan guru-guru terlatih.

JAWAPAN:

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

 

(a)       Dari tahun 2008 hingga 2011, peruntukan pembangunan yang telah diagihkan kepada sekolah bantuan Kerajaan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sebanyak RM236.1 juta, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sebanyak RM186 juta. Manakala dalam tempoh tersebut Sekolah Kebangsaan (SK) telah diperuntukan sebanyak RM4.5 bilion.

 

(b)          Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa merancang dari semasa ke semasa untuk memastikan keperluan bekalan guru mencukupi bagi semua jenis sekolah sama ada di peringkat rendah ataupun menengah. Unjuran keperluan guru dibuat dengan mengambil kira keperluan pelbagai jenis aliran sekolah termasuklah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Justeru, pelbagai program latihan perguruan jangka pendek dan jangka panjang seperti Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, Diploma Pendidikan, dan Kursus Dalam Cuti dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pendidikan Guru bagi membekalkan guru terlatih bagi semua opsyen di semua yang memerlukan guru.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: