Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Peratusan kaum India yang mendapat manfaat SPPKR-PPE

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

DEWAN NEGARA SESI DISEMBER 2011

 

 

PERTANYAAN        :           BERTULIS

 

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

 

 

 

SOALAN:

 

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan peratusan pekerja ladang kaum India yang mendapat manfaat dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah di bawah Bajet Negara yang melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta.

 

 

JAWAPAN:

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah bagi Pekerja estet-pekerja Estet (SPPKR-PPE) diwujudkan lanjutan pembentangan Bajet 2011 yang dibuat oleh Y.A.B. Perdana Menteri mengenai pemilikan rumah di kalangan pekerja-pekerja estet.

 

Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) adalah agensi penyelaras kepada skim ini. Manakala Bank Simpanan Nasional (BSN) adalah agensi pelaksana yang menguruskan pembiayaan. Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan kebajikan pekerja estet dengan menyediakan kemudahan pinjaman bagi membolehkan mereka memiliki rumah. Ini adalah sebagai satu bentuk jaminan kebajikan kepada pekerja setelah tamat perkhidmatan mereka di samping untuk menggalakkan warga tempatan bekerja di sektor perladangan dan seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. Skim ini menawarkan pinjaman maksima sehingga RM60,000 dengan kadar faedah serendah 4% dengan tempoh pinjaman sehingga 40 tahun menjangkau generasi kedua.

 

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

Bagi frasa pertama di negeri Johor, JKT telah menerima permohonan bagi projek perumahan di Kota Tinggi dan Taman Permai. Senarai pemohon mengikut kaum adalah seperti berikut:

 

Bil.

Daerah

Melayu

Cina

India

1

Kota Tinggi

47

0

1

2

Segamat

30

0

0

3

Kluan

65

0

3

JUMLAH

142

0

4

 

 

 

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: