Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Penternak Lembu dan Kambing di Bandar

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

DEWAN NEGARA SESI DISEMBER 2011

 

 

PERTANYAAN        :           BERTULIS

 

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

 

 

 

SOALAN:

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:

 

(a)       apakah langkah kerajaan bagi membantu golongan penternak lembu dan kambing di bandar yang tiada kawasan khas sehingga menyebabkan ternakan mereka berkeliaran dan menceroboh kawasan orang lain; dan

(b)       adakah kerajaan akan menyediakan kawasan khas untuk penternak-penternak ini serta jabatan manakah yang mengendalikan perkara ini. Nyatakan alamat lengkap untuk negeri Johor dan Selangor.

JAWAPAN:

(a)       Bagi membantu golongan penternak lembu dan kambing di bandar yang tiada kawasan khas untuk ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengambil langkah-langkah berikut bagi membantu golongan penternak:

1.  Memberi khidmat nasihat kepada para penternak untuk menjalankan penternakan dengan menggunakan sistem intensif. Sistem intensif bermaksud ternakan sentiasa berada di dalam kandang dengan dibekalkan makanan secukupnya di dalam kandang. Ruang kandang dicadangkan untuk lembu ialah 2.787 meter persegi setiap ekor. Untuk kambing 1.394 meter persegi setiap ekor. Penternak juga perlu menggunakan teknologi hijau untuk mengelakkan berlaku pencemaran. Salah satu kaedah teknologi hijau ialah dengan menggunakan organisme berfaedah (Effective Microorganisma) yang dapat mengelakkan bauk busuk najis ternakan.

2.  Kementerian juga menggalakkan supaya penternak memberi tumpuan kepada produktiviti pengeluaran ternakan. Ianya bermaksud jumlah ternakan yang dipelihara adalah terhad tetapi hasil yang dikeluarkan adalah tinggi. Sebagai contoh seekor lembu susu yang boleh mengeluarkan susu sebanyak 15 liter sehari berbanding dengan lembu susu yang menghasilkan 5-7 liter susu sahaja sehari.

3.  Penternak digalakkan supaya memberi tumpuan kepada satu aktiviti sahaja. Untuk lembu tenusu penternak hanya memelihara lembu induk (lembu ibu) sahaja. Anak lembu yang dihasilkan akan terus dijual kepada ‘ladang lembu dara’ yang dikendalikan oleh ladang lain. Kaedah ini juga akan dapat menempatkan lebih banyak ibu lembu yang mengeluarkan hasil susu. Penternak hanya perlu membeli lembu susu yang baru daripada ladang lembu dara jika ingin menukar lembu yang tidak ada hasil atau untuk menambah bilangan lembu sesuai dengan kawasan yang ada.

4.  Kementerian juga menggalakkan supaya Penternak juga memohon kawasan rezab haiwan. Rezab haiwan adalah tanah milik negeri yang diuruskan oleh Jabatan Veteriner Negeri. Walaubagaimanapun kelulusan tanah adalah di bawah Kerajaan Negeri.

(b)       Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa bekerjasama dengan kerajaan Negeri bagi membolehkan para penternak memohon untuk menyewa/memajak rezab haiwan yang juga dikenali sebagai padang ragut yang terdapat di negeri. Salah satu usaha yang dilakukan adalah pengenalan program ladang satelit kepada bakal-bakal penternak yang berminat tetapi tidak mempunyai kemudahan infrastruktur seperti kandang. Pada masa kini terdapat 53 unit daripada 67 unit ladang satelit yang telah siap dibina dan 26 daripadanya telah pun beroperasi (14 unit masih dalam pembinaan). DVS berhasrat untuk menambah lagi bilangan ladang satelit kepada 180 unti seperti yang telah dirancang sebelum ini dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Alamat Jabatan yang menguruskan tanah padang ragut / rezab haiwan untuk Negeri Selangor dan Johor adalah seperti berikut:

 

1.  Negeri Selangor

Pengarah

Jabatan Perkhidmatan Veteriner Negeri Selangor

Lot 2 Jalan Utas, Seksyen 15/7,

40630 Shah Alam, Selangor

 

2.  Negeri Johor

Pengarah

Jabatan Perkhidmatan Veteriner Negeri Selangor

Aras 4, Parcel C2S, Sayap Timur, Kota Iskandar,

79100 Nusajaya, Johor

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: