Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Pembantu Rumah Indonesia dan Kemboja

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

DEWAN NEGARA SESI DISEMBER 2011

 

 

PERTANYAAN        :           BERTULIS

 

DARIPADA               :           DR. S. RAMAKRISHNAN

 

 

 

SOALAN:

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:

 

(a)       apakah tindakan kerajaan berkenaan tuduhan dari Indonesia dan Kemboja bahawa pembantu rumah dari dua negara ini didera secara fizikal dan seksual sehingga menyebabkan mereka melarang penghantaran pembantu rumah ke Malaysia serta berapakah majikan yang didakwa di mahkamah di atas tuduhan mendera pembantu rumah mereka setakat ini; dan

(b)       statistik agensi pembantu rumah yang berdaftar mengikut negeri dan statistik pembantu rumah yang terkini mengikut negara asal.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

(a)       Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri menjalinkan kerjasama yang erat dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang bertanggungjawab ke atas penetapan dasar berkaitan pengambilan Pembantu Rumah Asing bagi menangani isu penderaan ke atas Pembantu Rumah Asing terutamanya dari negara Indonesia dan Kemboja.

Tuduhan bahawa Pembantu Rumah Asing (PRA) dari Indonesia dan Kemboja didera secara fizikal dan seksual sehingga menyebabkan pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia adalah tidak benar. Statistik daripada Jabatan Imegresen Malaysia bagi tahun 2011 sehingga Oktober 2011 menunjukkan jumlah keseluruhan PRA di Malaysia adalah seramai 176,559 orang. Daripada jumlah tersebut, 124,281 orang adalah dari Indonesia dan 33,071 orang dari Kemboja.

Manakala statistik daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia mendapati sebanyak 71 kes penderaan PRA telah dilaporkan sehingga Oktober 2011 iaitu 0.0004% daripada jumlah keseluruhan PRA di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa kes-kes tersebut adalah terpencil dan merupakan suatu jaminan bahawa PRA di Malaysia bekerja dalam keadaan selamat dan selesa.

(b)       Tuan Yang Di-Pertua,

Terdapat sejumlah 381 buah Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang mempunyai kelulusan untuk pengambilan PRA. Majoriti APS terletak di negeri Selangor dengan jumlah 129 buah, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 101 buah, Pulau Pinang sebanyak 43 buah, Johor sebanyak 36 buah, Perak sebanyak 18 buah, Melaka dan Pahang sebanyak 13 buah, Negeri Sembilan sebanyak 12 buah, Kedah sebanyak 8 buah, Kelantan sebanyak 4 buahn, Terengganu sebanyak 3 buah dan Putrajaya sebanyak 1 buah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan statistik Pembantu Rumah Asing (PRA) bari Jabatan Imegresen Malaysia (JIM), bagi tahun 2011 sehingga Oktober 2011 jumlah PRA Indonesia di Malaysia mencatat jumlah tertinggi berbanding negara-negara PRA lain iaitu seramai 124,746 orang, diikuti oleh PRA dari negara Kemboja seramai 33,102 orang, Filipina seramai 14,574 orang, Sri Lanka seramai 1,259 orang, Vietnam seramai 1,159 orang, India seramai 512 orang, Thailand seramai 331 orang, Myanmar seramai 94 orang, Nepal seramai 69 orang, Bangladesh seramai 35 orang, Pakistan seramai 25 orang, China seramai 22 orang, Laos seramai 11 orang dan lain-lain negara seramai 26 orang.


Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: