Rasional Datuk Seri Samy Vellu sebagai Duta Khas infrastruktur

JAWAPAN YB DATUK LIEW VUI KEONG, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI SEMASA MENGGULUNG PERBAHASAN BAJET 2012 DI DEWAN NEGARA

PADA 15 DISEMBER 2011

Soalan YB Senator S. Ramakrishnan

 

 

Rasional Datuk Seri Samy Vellu sebagai Duta Khas infrastruktur

Mengapa Datuk Seri Samy Vellu dilantik sebagai Duta Khas infrastruktur (Malaysia) ke Asia Selatan? Kita sudah mempunyai seorang Menteri Kerja Raya. Melainkan jika PM tiada keyakinan terhadap Menteri Kerja Raya berkenaan. Berapakah kontrak yang dilindungi (secure) oleh beliau dan syarikat mana yang mendapat kontrak daripada pelantikannya? Apakah kemudahan dan kakitangan yang disediakan oleh kerajaan untuk beliau?

 

Jawapan YB Datuk Liew Vui Keong

Untuk makluman Yang Berhormat, pelantikan Dato’ Seri S. Samy Vellu adalah atas dasar bahawa pengalaman beliau selama hampir 30 tahun sehingga 2008 sebagai Menteri Kerja Raya dapat dimanfaatkan oleh Malaysia untuk membida lebih banyak projek infrastruktur di luar negara, terutamanya di Asia Selatan. Semasa menjadi Menteri Kerja Raya, banyak syarikat Malaysia telah berjaya mendapatkan projek-projek infrastruktur melalui tender bernilai AS$20 bilion, terutamanya di India. Hubungan kerja (working relationship) beliau yang rapat dengan pemimpin-pemimpin negara India diyakini memberi kelebihan kepada Malaysia dari segi memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan India mengenai kemampuan dan kredibiliti tinggi yang dimiliki syarikat-syarikat Malaysia dalam melaksanakan projek-projek di negara-negara berkenaan. Tugas dan tanggungjawab beliau adalah untuk membantu Kerajaan Malaysia, terutamanya Kementerian Kerja Raya dalam mendapatkan lebih banyak projek bagi syarikat-syarikat Malaysia di luar negara. Pejabat Duta Khas bekerjasama rapat dengan CIBD dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

Sejak pelantikan beliau mulai 1 Januari 2011, nilai kontrak yang dijangka diraih oleh Malaysia adalah dalam anggaran RM10 bilion yang meliputi tujuh projek infrastruktur di Bangladesh sahaja. Ia hasil daripada kerjasama G to G dibawah Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan Bangladesh pada 10 Oktober 2011. Selain itu, Kerajaan Bangladesh juga telah menawarkan kepada Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan sebuah projek jambatan berharga RM6 bilion dan satu MoU tambahan dijangka dimeterai. Pelbagai projek lagi sedang diusahakan melalui kerjasama G to G di India dan negara-negara Asia Selatan lain. Mengenai syarikat yang bakal mendapatkan kontrak-kontrak berkenaan, ia akan diputuskan melalui proses perolehan dan pemilihan yang telah berkuatkuasa dan ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia melalui CIBD serta jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain yang berkaitan.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: