Dewan Negara Sesi Disember 2011 – PPSMI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

DEWAN NEGARA

 

 

PERTANYAAN          :           LISAN

 

DARIPADA                :           DR. S. RAMAKRISHNAN

 

TARIKH                      :           20 DISEMBER 2011

 

 

 

SOALAN:

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:

 

(a)       adakah kerajaan akan memperkenalkan semula PPSMI setelah mendapat banyak bantahan daripada ibubapa dan beberapa persatuan; dan

 

(b)       pihak-pihak manakah yang kerajaan rundingkan sebelum PPSMI dimansuhkan.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

(a)       Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil kira maklum balas semua pihak dalam melaksanakan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Isu-isu Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang ditimbulkan telah ditangani dengan cara terbaik untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran murid tidak terjejas. Pada 4 November 2011, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pendekatan soft landing PPSMI sehingga 2015 di sekolah rendah dan sehingga 2020 di sekolah menengah. Dengan keputusan ini, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut sesetengah pihak.

Berhubung dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) seperti yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri pelajaran, kerajaan akan meneruskan pelaksanaan dasar MBMMBI. Pelbagai langkah dilakukan untuk memastikan dasar ini berjaya dan memberi impak yang positif kepada semua lapisan masyarakat di negara ini. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2011 bertarikh 4 November 2011 bagi menjelaskan pelaksanaan Dasar ini. Melalui pelaksanaan dasar ini, pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua matapelajaran ini adalah pada tahun 2021.

(b)       Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebelum pemansuhan Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengadakan beberapa siri Meja Bulat dan sesi perbincangan bersama ahli akademik daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT), NGO, Persatuan Ibubapa dan Guru, Pentadbir sekolah, Kesatuan Guru serta pihak individu bagi mendapat pandangan dan cadangan tentang PPSMI.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: