Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Pelajar dilayan seperti banduan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

DEWAN NEGARA

 

 

PERTANYAAN          :           LISAN

 

DARIPADA                :           DR. S. RAMAKRISHNAN

 

TARIKH                      :           15 DISEMBER 2011

 

 

 

SOALAN:

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah kerajaan membuat siasatan berhubung dengan laporan media bertarikh 2 Ogos 2011 yang menyatakan seramai 33 orang pelajar mengalami penderaan fizikal dan dilayan seperti banduan semasa menjalani program motivasi di penjara Kluang Johor dan apakah keputusan siasatan yang dilakukan.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Kes 33 orang murid yang didakwa mengalami penderaan fizikal dan dilayan seperti banduan semasa menjalani program motivasi di Pejara Kluang, Johor masih dalam siasatan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak dapat menyatakan keputusan siasatan tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebaik sahaja perkara ini dilaporkan di media, KPM telah membuat perjumpaan dengan ibubapa murid terbabit pada 3 Ogos 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Perjumpaan tersebut bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai program yang dijalankan. Namun, terdapat sebilangan ibu bapa yang tidak berpuas hati serta tidak bersetuju dengan penjelasan pihak-pihak terlibat yang melaksanakan program ini, sehinggalah kes ini dibawa untuk siasatan oleh pihak berkuasa.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: