Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Kad pengenalan merah

SOALAN:

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:

(a)       statistik rakyat Malaysia yang masih memegang kad pengenalan merah mengikut kaum dan tempoh menetap di negara ini; dan

(b)       apakah tindakan kerajaan mengenai status mereka.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat yang  mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman, tidak ada rakyat Malaysia yang memegang kad pengenalan merah kerana rakyat Malaysia adalah merupakan warganegara secara kuatkuasa undang-undang sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 14 dan 16.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kerajaan tidak mempunyai apa-apa tindakan kepada pemegang kad pengenalan merah yang berstatus Penduduk Tetap ini. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka berhasrat untuk menjadi warganegara Malaysia, mereka perlulah mengemukakan permohonan kewarganegaraan di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara yang berdekatan berdasarkan syarat-syarat permohonan kewarganegaraan yang telah ditetapkan di Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: