Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Isu Program Pengampunan (6P)

SOALAN:

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:

(a)       berapakah jumlah wang yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk pembelian peralatan pengimbas biometrik bagi melaksanakan program pengampunan (6P) dan adakah ia melalui tender terbuka serta nyatakan syarikat yang mendapat tender tersebut; dan

(b)       berapa orang yang telah ditangkap atas kesalahan penipuan pendaftaran biometrik pekerja asing yang sah dan adakah dengan pendaftaran seramai lebih dua juta pekerja warga asing yang sah dan lebih 1.5 juta pendatang asing tanpa izin melalui Program 6P menunjukkan kegagalan Jabatan Imegresen dalam mengawal pintu masuk negara.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Yang Berhormat yang  mengemukakan pertanyaan.

(a)       Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Sistem Pangkalan Data Biometrik Warga Asing dilaksanakan secara Private Funding Initiative (PFI) dengan kerjasama Unit Awam Swasta (UKAS). Kerajaan tidak mengeluarkan perbelanjaan untuk pembelian peralatan pengimbas biometric yang digunakan.

(b)       Kementerian Dalam Negeri telah membuat beberapa laporan polis terhadap syarikat-syarikat palsu yang mengaku telah dipilih oleh Kementerian untuk Program 6P ini dan melakukan penipuan. Pihak PDRM masih menjalankan siasatan berhubung isu penipuan syarikat-syarikat ini.

Tugas kawalan sempadan bukanlah tugas Jabatan Imegresen semata-mata. Ia melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Penyeludupan Pencegahan (UPP) perlu dimantapkan bagi memastikan sempadan negara tidak dibolosi.

PATI di negara ini bukan hanya tergolong kepada mereka yang memasuki negara secara haram tetapi turut meliputi mereka yang memasuki negara secara sah dengan dokumen perjalanan yang sah namun bertukar status sebagai PATI di dalam keadaan seperti berikut:

i)       Tiada dokumen sah

ii)      Lari daripada majikan

iii)     Langgar Syarat Pas

iv)     Dokumen palsu

v)      Tukar sektor tanpa kebenaran

Kerajaan sentiasa melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan untuk menangani isu kemasukan dan keberkesanan warga asing secara tidak sah di dalam negara.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: