Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Ucapan Perbahasan Bajet 2012

Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua yang saya hormati.

1.   Bajet 2012

Bajet 2012 yang di umumkan oleh PM menyambung defisit kali yang ke-15 yang bermula daripada tahun 1998. Dalam tahun 2012 defisit adalah 4.7%. Tetapi saya khuathir Menteri Kewangan akan mohon 2 lagi bajet tambahan (supplementary budget) seperti tahun 2011 dan 2010. Jadi defisit bukan 4.7% tetapi lebih daripada itu. Satu perkara yang saya minta menteri beri perhatian ialah pembaziran, kesalahan, kerugian, penyelewengan dalam sistem pembelian, perbelanjaan dan pembayaran yang tidak betul semasa pembelian, seperti yang dilaporkan oleh AG. Saya buat satu kiraan untuk campur semua kerugian, pembaziran dan penyelewengan kerajaan persekutuan, GLS dan badan berkanun disebabkan kelemahan sistem pembelian. Keseluruhannya berjumlah RM 5.51143 bilion.

 

Setiap tahun Ketua Audit Negara melaporkan penyelewengan dan perbelanjaan berlebihan serta pembaziran kasar tetapi tetap sambung juga. Saya minta menteri kewangan dan perdana menteri menjelaskan mengapa pembaziran dan penyelewengan masih terus berlaku dan tidak berkurangan? Kali ini sebanyak RM5.51143 bilion. Berapa ramai yang telah dipecat, didakwa di mahkahmah atau diberi amaran?

2.   Hutang sebanyak RM437 bilion adalah hutang 27 juta rakyat. Setiap seorang menanggung hutang sebanyak RM16,000 termasuk bayi yang baru lahir. Dalam keadaan ini, penyelewengan dan rugi sebanyak RM5.51143 bilion sangat membimbangkan. Nampaknya kerajaan belum mengiktiraf bahawa penyelewengan dan perbelanjaan berlebihan serta pembaziran kasar adalah satu masalah yang perlu diperbaiki. Saya minta Jabatan Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan yang diambil untuk mengurangkan pembaziran dan penyelewengan yang membawa kerugian sebanyak RM5.51143 bilion.Setiap tahun Ketua Audit Negara melaporkan penyelewengan dan perbelanjaan berlebihan serta pembaziran kasar tetapi tetap sambung juga. Saya minta menteri kewangan dan perdana menteri menjelaskan mengapa pembaziran dan penyelewengan masih terus berlaku dan tidak berkurangan? Kali ini sebanyak RM5.51143 bilion. Berapa ramai yang telah dipecat, didakwa di mahkahmah atau diberi amaran?

3.   Ketika PM mula-mula memperkenalkan ETP dan GTP, kerajaan mahu mengurangkan penglibatannya dalam sektor ekonomi. Target Pelaburan swasta ialah 92% daripada RM1.4 trilion yang diperlukan untuk membangunkan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) dari tahun 2010 hingga 2020. Tetapi ketika ini GLC memiliki kira-kira 40% daripada jumlah permodalan pasaran. Sektor-sektor utama ekonomi masih dikuasai oleh GLC. Daripada mengurangkan penglibatan awam dalam sektor swasta, ia terus meningkat.

  1. Sunrise Bhd oleh UEM Land Bhd
  2. 30% E&O Bhd oleh Sime Darby Bhd
  3. SP Setia oleh PNB.

Pengambilalihan telah menimbulkan spekulasi pasaran tentang motif kerajaan. Adakah GLC akan memperoleh lebih banyak syarikat yang bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh PM? Ini akan mengusir orang yang menerajui syarikat dengan aset tunai yang mereka miliki ke tempat lain.

Peranan kerajaan adalah untuk memudahkan pembangunan keusahawanan, mengawal dan menghapuskan halangan-halangan dan membenarkan syarikat-syarikat untuk bersaing di landasan yang sama.

Saya berharap kita akan kekal dengan cadangan ETP dan tidak terganggu dengan matlamat jangka pendek. Saya minta Menteri Kewangan memberi penjelasan adakah langkah-langkah kerajaan bertentangan dan bercanggah dengan apa yang dicadangkan oleh Perdana Menteri? Apakah tujuannya?

4.   BNM melaporkan bahawa hutang isi rumah sudah ½ lebihan pendapatan (disposable income). Hutang ini bertambah buruk. Pada tahun 2006, hutang isi rumah adalah 39.1%, dan 47.8% pada tahun 2010. Memandangkan hampir ½ diperuntukkan untuk menyelesaikan hutang, bakinya hanya sedikit untuk makanan, pengangkutan, pendidikan, dan kecemasan. Jadi keadaan ini tidak boleh terus berlaku.

Rakyat Malaysia mengambil pinjaman yang besar kerana harga rumah yang tinggi dan kadar faedah yang rendah. Pemaju juga menawarkan bayaran pendahulan yang rendah. Pinjaman perumahan membentuk sebahagian besar dari perbelanjaan yang diikuti oleh pinjaman kereta, pembelian keselamatan dan bayaran kad kredit. Oleh itu kerajaan bina perumahan yang mampu dimiliki, mengetatkan kaedah-kaedah gadai janji untuk menyejukkan pasaran harta, mengurangkan pemilikan kereta dengan menyediakan sistem pengangkutan awam yang sangat baik serta mengawal pertumbuhan kad kredit. Saya ingin mencadangkan menteri kewangan untuk melakukan perubahan seperti berikut:

a)   Pinjaman kepada nisbah nilai perlu dipertimbangkan apabila mendapatkan pinjaman. Ini adalah untuk memastikan bahawa sistem kewangan tidak mengikuti langkah-langkah Amerika Syarikat.

b)   Skim pembayaran berperingkat awal di mana pembeli rumah kedua dan ketiga diminta untuk mengeluarkan pembayaran awal berperingkat-peringkat yang lebih tinggi. (contohnya pembeli kali pertama: 10%, kali kedua: 20%, dan kali ketiga: 30 %).

c)   Pengesahan kekuatan atau kemampuan kewangan pembeli, untuk memastikan bahawa risiko gagal membayar balik pinjaman oleh pembeli adalah minimum dan juga untuk menghalang pelabur dari mengelakkan perkara 1 (di atas).

Gaji minima perlu dimulakan sekarang juga dan inflasi makanan yang disebabkan lanina dan perubahan cuaca mesti diatasi dengan penambahan pengeluaran makanan tempatan. Ada ramai petani yang mahu menanam sayur-sayuran dan penternak yang mahu menternak kambing dan lembu di kawasan Labis dan Chaah, tetapi mereka sukar untuk mendapatkan kawasan atau tanah untuk menjalankan pertanian dan penternakan mereka. Memandangkan cuaca buruk dan banjir di negara-negara yang membekalkan makanan kepada negara kita, sangat penting bahawa kita berdikari dengan pengeluaran makanan sendiri. Saya mohon petani dan penternak di kawasan luar bandar diberi tempat untuk bertani dan penternakan. Diharap kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mempertimbangkannya.

5.   Masalah Pembantu Rumah

Hampir 300,000 pembantu rumah asing yang berdaftar bekerja di Malaysia dan ada yang mengatakan seramai 100,000 lagi tidak berdaftar atau tanpa dokumen. Indonesia dan Kemboja ketika ini telah mengharamkan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia kerana gaji yang rendah, penderaan, malah pembunuhan rakyat mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Ini telah memberi publisiti dan reputasi yang buruk kepada negara. Pada tahun ini sahaja seramai 12 orang pembantu rumah Kemboja telah meninggal dunia di Malaysia di atas pelbagai sebab. Pada masa yang sama terdapat banyak permintaan untuk pembantu rumah dalam keluarga-keluarga rakyat Malaysia.

Saya minta menteri sumber manusia untuk ada satu perjanjain di peringkat asean mengenai pembantu rumah. An understanding and agreement di ASEAN. Selain itu boleh kah malaysia

a. Mengukuhkan mekanisma undang-undang dan peraturan untuk perlindungan pembantu rumah yang komprehensif melalui kontrak standard yang mengiktiraf hak teras yang termaktub dalam Konvensyen ILO mengenai pembantu rumah.

b. Memastikan bahawa peraturan agensi pengambilan swasta memenuhi standard yang ditetapkan dalam Konvensyen ILO No. 189 berkenaan kerja yang bersesuaian dan berkaitan dengan pembantu rumah termasuk pendaftaran, menubuhkan mekanisma aduan yang boleh diakses dan melarang pemotongan gaji untuk membayar balik yuran pengambilan.

c. Mengesahkan Konvensyen ILO No. 189 mengenai kerja-kerja yang bersesuaian dengan pembantu rumah dan menyelaraskan undang-undang negara dan penguatkuasaan.

d. Mewujudkan mekanisma pemantauan bagi memastikan tanggungjawab dan ketelusan yang tinggi dalam pengambilan, penempatan dan penggajian pembantu rumah dengan sokongan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil.

e. Usaha melalui mekanisma serantau terutamanya proses membina satu masyarakat ASEAN untuk menggalakkan standard minimum serantau bagi pembantu rumah serta mengukuhkan deklarasi ASEAN mengenai pekerja asing dan pelan tindakan ASEAN.

f. Meningkatkan dan menambahbaik akses untuk memperbetulkan, remedi yang dibenarkan (legal remedies) dan prosedur aduan di negara yang menghantar dan Malaysia sebagai negara penerima bagi semua mangsa penyalahgunaan dan pencabulan hak.

g. Menambahbaik pemeriksaan dan penapisan bagi mengenal pasti mangsa penderaan pembantu rumah dan mangsa pemerdagangan yang selamat serta memberi mereka bantuan guaman, kaunseling dan pemulihan yang diperlukan.

Penetapan asas-asas seperti yang dinyatakan dalam cadangan berkenaan adalah untuk memastikan migrasi yang selamat bagi wanita dan gadis yang memilih untuk menjadi pembantu rumah.

 

 6.   Perlindungan keselamatan sosial yang dijanjikan

 

Sejak memperkenalkan akta keselamatan sosial pekerja pada tahun 1969, tidak ada apa-apa tambahan atau perubahan yang dilakukan. Kerajaan telah berjanji untuk melanjutkan perlindungan ini sejak beberapa tahun yang lalu untuk melindungi perkara tidak dijangka yang lain (contingencies) dan juga melindungi semua pekerja dan keluarga mereka. Malaysia merupakan perintis (pioneer) dan telah mendapat pujian di atas inisiatif berani berkenaan perlindungan pekerja dan kesanggupannya menggunakan prinsip keselamatan sosial untuk menyediakan penjagaan secara perubatan dan kewangan kepada pekerja dan tanggungan mereka dalam tempoh masa yang panjang.

Negara-negara jiran kita seperti Filipina, Thailand, Vietnam, dan terbaru Indonesia yang sebelum ini tiada skim keselamatan sosial, telah mewujudkan skim sederhana mereka setelah Malaysia memperkenalkannya pada tahun 1969 dan pada tahun 1980’an mereka mempunyai skim atau akta yang lebih baik dan perlindungan yang lebih luas kepada pekerja dan keluarga mereka.

Skim mereka melindungi pekerja dan keluarga untuk kemalangan, kecederaan atau masalah kesihatan yang berkaitan dengan pekerjaan, ketidakupayaan (invalidity), sakit, bersalin, pengangguran dan perlindungan usia tua. Namun Malaysia telah ketinggalan dengan hanya pandai berjanji untuk melakukan apa yang telah dijanji dengan hanya sedikit atau tiada tindakan yang diambil. Malaysia telah menyertai negara-negara lain di perhimpunan umum negara-negara bersekutu (UN) di mana ia telah diisytiharkan dan diterima oleh semua kerajaan bahawa “perlindungan keselamatan sosial adalah hak asasi manusia”. Saya minta Menteri Sumber Manusia menjelaskan mengapa Malaysia tidak menambahbaik apa-apa skim keselamatan sosial yang melangkaui Akta 1969, sebaliknya hanya menukar nama kementerian daripada buruh kepada sumber manusia dan tiada yang lain.

Pada tahun 1984, pekerja-pekerja lombong Sungai Lembing dibiarkan tanpa sebarang bayaran bagi pemberhentian dan menteri telah mengisytiharkan bahawa Malaysia akan memperkenalkan satu skim untuk pengangguran. Kementerian tersebut telah berlaku tidak jujur dalam Akta Kerja 1955 untuk menambah peruntukan bagi bayaran pemberhentian jika majikan menutup perniagaannya. Itu adalah 27 tahun yang lalu, tetapi tiada perlindungan untuk penganggur sehingga hari ini. Beribu-ribu telah diberhentikan semasa kemelesetan pada tahun 1987, 1998, dan 2008 tanpa faedah-faedah pemberhentian. Saya pasti jawapan daripada menteri adalah “perkara itu akan dikaji dalam perbincangan dengan pakar-pakar ILO”. Saya minta menteri lebih proaktif dalam perkara ini.

Melihat kepada perlindungan pekerja wanita di Malaysia, satu-satunya perlindungan adalah dalam Akta Kerja 1955 yang disediakan sebelum merdeka. Perlindungan bersalin hanya memberi 60 hari cuti bergaji, tiada peruntukan perubatan untuk sebelum, semasa dan selepas kelahiran. Pada tahun 1955, terdapat rawatan perubatan percuma untuk semua pekerja, termasuk yang bekerja di ladang mendapat bantuan perubatan, tetapi keadaan telah berubah. Malaysia ketika ini berada dalam kumpulan 7 negara yang mempunyai perlindungan bersalin yang paling teruk. Konvensyen ILO ketika ini mencadangkan 90 hari cuti bersalin bergaji tetapi Malaysia gembira berada dalam senarai terbawah. Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Keluarga berjanji untuk membuat satu kajian mengenai perkara ini. Itu adalah pada tahun 2004 dan selepas 7 tahun mungkin mereka akan memberikan beberapa alasan. Bolehkah menteri mengambil tindakan segera mengenai perkara ini?

Selain itu, Rancangan 5 tahun Pembangunan EPU dari 2000 hingga 2005 adalah untuk meningkatkan penyertaan pekerja wanita dalam ekonomi dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Ini memerlukan beberapa dasar untuk mengalakkan ibu-ibu mengambil bahagian dalam ekonomi dengan waktu kerja yang fleksibel, pengeluaran dasar-dasar dan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja. Oleh kerana tiada satu pun dasar-dasar ini di tempat yang sepatutnya, telah menyebabkan kebanjiran berjuta-juta pekerja asing dan kerugian berbilion-bilion dalam pertukaran wang asing. Saya nampak melalui laporan Menteri Sumber Manusia dan pegawai tinggi kementerian seperti mereka pun helpless dalam hal pekerja asing. Mereka tidak boleh mengadu seperti pembangkang tetapi ambil tindakan.

Tidak ketinggalan juga janji-janji untuk melindungi mereka yang bekerja sendiri, iaitu perlindungan untuk petani, nelayan, penjaja, kontraktor dan lain-lain yang bekerja sendiri. Janji pertama yang telah dibuat adalah pada tahun 1978 dan diikuti dengan satu kajian pada tahun 1996 di mana Menteri Sumber Manusia ketika itu melaporkan bahawa kajian yang dibiayai oleh UNDP itu telah sedia untuk dilaksanakan. Seperti biasa dan mengikut proses berjanji yang normal, selepas 15 tahun mereka yang bekerja sendiri tiada perlindungan keselamatan sosial untuk mana-mana kecederaan atau kemalangan, tiada apa-apa untuk warga emas (kecuali perlindungan sukarela untuk KWSP), tiada perlindungan perubatan dan sekiranya mereka meninggal dunia, keluarga mereka ditinggalkan tanpa perlindungan kebergantungan (dependency coverage) untuk menyara kehidupan. Ini menyebabkan sebahagian besar rakyat Malaysia yang bekerja sendiri terabai tanpa perlindungan. Saya minta Menteri Sumber Manusia mencontohi negara-negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam yang mempunyai skim untuk rakyatnya yang bekerja sendiri, perlindungan perubatan untuk pekerja dan juga perlindungan bersalin.

Perlindungan Keselamatan Sosial untuk Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 telah terjejas dari segi faedah. Faedah pengkebumian RM1500 telah diputuskan pada tahun 1987 hingga sekarang. Skim Pencen Ilat (invalidity) tidak menyediakan peruntukan untuk penyakit yang berpanjangan.  Ini telah menyebabkan 70 peratus pemohon yang tidak berupaya untuk bekerja dan mendapatkan tuntutan-tuntutan pencen ilat mereka ditolak dan seterusnya mengakibatkan penderitaan mereka. Malah mereka yang diisytihar cacat atau kurang upaya (invalid) tidak menerima apa-apa faedah perubatan dan mereka menggunakan semua wang pencen mereka untuk kos perubatan. Saya minta Menteri Sumber Manusia Malaysia dan pegawai-pegawai beliau untuk bertindak dengan segera mengenai perkara ini.

Kerajaan juga telah berjanji sejak tahun 2000 bahawa skim No-fault Accident untuk melindungi semua kemalangan, yang merupakan penambahbaikan skim SOCSO. Tetapi selepas 11 tahun, kerajaan tidak melakukan apa-apa berkenaan janji yang dibuat. Saya hanya boleh membuat kesimpulan bahawa Menteri Sumber Manusia dengan jelas telah gagal untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial yang mencukupi kepada pekerja-pekerja Malaysia dan tiada apa-apa rancangan untuk berbuat demikian. Perlindungan keselamatan sosial adalah kriteria yang paling penting untuk mengukur kesejahteraan masyarakat.

 7.   Rasional Datuk Seri Samy Vellu sebagai Duta Khas infrastruktur

Mengapa Datuk Seri Samy Vellu dilantik sebagai Duta Khas infrastruktur (Malaysia) ke Asia Selatan? Kita sudah mempunyai seorang Menteri Kerja Raya. Melainkan jika PM tiada keyakinan terhadap Menteri Kerja Raya berkenaan. Berapakah kontrak yang dilindungi (secure) oleh beliau dan syarikat mana yang mendapat kontrak daripada pelantikannya? Apakah kemudahan dan kakitangan yang disediakan oleh kerajaan untuk beliau?

 

8.       Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) – Flat PPR tidak ada persediaan untuk bilik mayat (funeral parlour) dan satu kuil dan tokong.

9.   Kementerian Pelajaran

(i)       Sekolah Tamil Yong Peng

 

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong boleh menyiapkan SJKC Yong Peng mengikut jadual untuk memulakan pendaftaran pelajar pada 1 Januari 2012. Tetapi sekolah Tamil di sebelahnya yang dijanjikan untuk disiapkan pada masa yang sama tidak kelihatan apa-apa. Timbalan Menteri harus menjelaskan kepada orang ramai mengapa sekolah tamil yang bersebelahan tidak dibina walaupun tanah telah tersedia. Tanah dan peruntukan kewangan telah disediakan sejak dua tahun lalu untuk pembinaan sekolah Tamil, tetapi kaum India Yong Peng masih tidak mempunyai sekolah Tamil yang sepatutnya. Timbalan Menteri, mengapa mendiskriminasikan sekolah Tamil Yong Peng?

Keluarga India di kawasan bandar Yong Peng, Air Itam dan Paloh menghantar anak-anak mereka ke salah sebuah sekolah Tamil yang usang di ladang Yong Peng Bahagian B yang terletak 20 kilometer jaraknya. Sekolah ini mempunyai 130 orang pelajar, di mana 124 daripadanya datang dari bandar untuk belajar di sekolah ladang. Adakah Jabatan Pelajaran dan Timbalan Menteri Pelajaran tidak prihatin untuk menyediakan sekolah yang baik dan sesuai untuk kaum India di Yong Peng? Adakah Timbalan Menteri Pelajaran mahu kaun India Malaysia kekal di sekolah-sekolah ladang? Dalam tempoh dua tahun yang lalu, tiada pengumuman awam mengenai pembinaan dan tarikh siap. Mengapa Timbalan Menteri Pelajaran mendiamkan diri?

(ii)      Bantuan kepada Sekolah Tamil

Terdapat 524 sekolah Tamil di Malaysia. Di bawah RMK-10, peruntukan pembangunan untuk setiap pelajar bagi setiap bulan berdasarkan kepada sekolah adalah:

  • Sekolah Kebangsaan     : RM33.30 seorang pelajar
  • Sekolah Tamil                  : RM10.55 seorang pelajar
  • Sekolah Cina                             : RM4.50 seorang pelajar

Sebanyak 322 daripada sekolah ini menerima bantuan modal kerana dibina di atas tanah swasta. Pelajar yang bersekolah di sekolah bantuan penuh mendapat semua bantuan, manakala yang belajar di sekolah bantuan modal hanya mendapat separuh bantuan. Mengapa kerajaan menjadikan pelajar ini sebagai mangsa keadaan? Mereka ini tidak bersalah. Mengapa kerajaan berat sebelah dan mendiskriminasikan sekolah Tamil?

Nampaknya kerajaan memberi bantuan penuh kepada pelajar di bandar, tetapi bantuan separuh atau langsung tiada kepada pelajar-pelajar di estet. Kerajaan harus sedar bahawa ibubapa pelajar-pelajar di estet ini juga menyumbang kepada ekonomi negara. Ini tidak adil kerana menghukum kanak-kanak ini yang belajar di estet. Saya minta kesemua 322 sekolah Tamil ini diberi bantuan penuh secepat mungkin. Kerajaan telah melakukan ketidakadilan terhadap murid-murid sekolah Tamil di ester selama 54 tahun. Harap ia dapat diperbetulkan dengan kadar segera.

Baru-baru ini dalam bulan Oktober dan November yang lalu PM dan DPM sibuk menghadiri banyak rumah terbuka sempena sambutan perayaan Deepavali tahun ini untuk memikat hati pengundi-pengundi India. Masyarakat India ketika ini sudah matang, mereka lebih berminat dan minta bantuan kerajaan seperti menukar 322 sekolah bantuan modal ini kepada bantuan penuh. Mereka tidak boleh dibeli dengan memberi 5 kilo beras dan beberapa barangan lain seperti teh, milo, susu dan sebagainya. Saya minta Menteri Pelajaran mengiktiraf dan memberi layanan sekolah Tamil sama seperti sekolah kebangsaan.

Terdapat 524 sekolah Tamil di Malaysia. Di bawah RMK-10, peruntukan pembangunan untuk setiap pelajar bagi setiap bulan berdasarkan kepada sekolah adalah:

  • Sekolah Kebangsaan     : RM33.30 seorang pelajar
  • Sekolah Tamil                  : RM10.55 seorang pelajar
  • Sekolah Cina                             : RM4.50 seorang pelajar

Bajet 2012 memperuntukkan RM100 juta untuk sekolah Tamil. Bolehkah Menteri Pelajaran beritahu apakah projek atau sekolah yang akan menerima peruntukan ini?

10.    PERHILITAN

Syarikat-syarikat Malaysia telah memusnahkan hidupan liar termasuk orang utan pada skala industri di Kalimantan. Tempat tinggal atau rumah orang utan adalah di dalam hutan yang terokai oleh syarikat pembalakan untuk membuat laluan ladang kelapa sawit baru. Walaupun syarikat kelapa sawit milik rakyat malayisa mendakwa mereka tidak memusnahkan hutan hujan dan binatang-binatang yang tinggal di dalamnya, ada bukti dan keterangan menentang mereka.

Adakah PERHILITAN tahu mengenai kejadian ini? Apa yang mereka harus lakukan adalah mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan pemilik syarikat yang terlibat mesti dihukum di mahkamah di atas tindakan mereka.

Keadilan harus ditegakkan untuk melindungi orang utan. Ia akan memberi petunjuk yang jelas kepada semua syarikat kelapa sawit Malaysia yang beroperasi di Indonesia untuk tidak membahayakan orang utan dan memalukan kita. Apakah tindakan PERHILITAN untuk melindungi orangutan dan menghukum syarikat kelapa sawit dan pembalak yang dapat ditangkap di Indonesia?

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: