Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Statistik tahanan di Pusat Tahanan Simpang Renggam dan Machap Umboo

SOALAN:

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:

(a)       statistik tahanan di Pusat Tahanan Simpang Renggam Johor dan Machap Umboo di Melaka sehingga kini mengikut kaum dan kesalahan; dan

(b)       mengapa tahanan ini tidak didakwa di bawah Kanun Keseksaan bagi membolehkan mereka dibicarakan di mahkamah.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini,

(a)       Berdasarkan statistic Jabatan Penjara Malaysia pada 18 November 2011, terdapat seramai 1,191 orang tahanan sedang ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Rengam, Johor. Daripada jumlah tersebut, seramai 433 orang adalah keturunan Melayu, 213 orang adalah keturunan Cina, 367 orang adalah keturunan India dan 91 orang adalah daripada lain-lain keturunan. Manakala 87 orang pula adalah terdiri daripada warganegara asing.

Mereka ini telah dikesan atas kesalahan gangsterism, pergaduhan, samun, penculikan, penipuan, dan pelacuran serta lain-lain kegiatan yang memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam. Terdapat juga di antara mereka yang ditahan atas kesalahan dadah.

Manakala statistik di Depot Machap Umboo, Melaka pada 25 November 2011 menunjukkan terdapat seramai 312 rakyat warga asing yang telah ditahan di bawah Akta Imegresen 1959.

(b)       Tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor adalah tahanan di bawah undang-undang pencegahan yang bertujuan untuk menjalani pemulihan dan bukannya sebagai hukuman. Manakala tahanan di Depot Machap Umboo merupakan tahanan sementara warga asing untuk proses penghantaran pulang.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: