Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Program matrikulasi untuk 1000 pelajar kaum India

SOALAN:

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:

(a)       apakah kursus-kursus yang ditawarkan kepada 1000 pelajar kaum India yang diberi tambahan tempat untuk melanjutkan pengajian dalam program matrikulasi di kolej-kolej swasta dan adakah program matrikulasi ini diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA) dan universiti tempatan sebagai syarat kemasukan; dan

(b)       mengapa Kerajaan Pusat melantik parti politik untuk mengendalikan permohonan program matrikulasi dan bukan agensi yang bertauliah.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Program matrikulasi sebenarnya terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti. Program pra-universiti sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza. Walau bagaimanapun, program matrikulasi telah diambilalih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program matrikulasi tidak ditawarkan di kolej-kolej swasta (IPTS).

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: