Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Isu Ladang Bukit Jalil

SOALAN:

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan bilakah tanah ladang Bukit Jalil ditukar sebagai tanah perkuburan Islam kerana tanah ini sebenarnya adalah estet. Bekas pekerja ladang ini berjuang untuk menuntut 4 ekar tanah daripada 26 ekar yang tinggal untuk membina rumah dan kuil.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengambilalihan Ladang Bukit Jalil (LBJ) milik Bukit Jalil Sdn. Bhd. oleh Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPLK) telah dilaksanakan pada tahun 1980. Berikutan daripada pengambilalihan ini, seramai 116 pekerja ladang berkenaan diberhentikan perkhidmatannya oleh Bukit Jalil Estate Sdn. Bhd. pada 31 Julai 1980. Kesemua mereka terus dibayar faedah penamatan kerja dan pembayaran tersebut selesai pada 1 November 1983.

Tanah yang terlibat dengan pengambil tersebut adalah berkeluasan 10.54 hektar (35 ekar) dan terletak di lot 45585, Mukim Petaling. Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKT WPKL) telah merizabkan tanah tersebut sebagai tanah rizab untuk perkuburan Islam seluas 17 ekar dan seluas 9 ekar untuk perkuburan bukan Islam dan selebihnya iaitu seluas 9 ekar adalah untuk Pusat Tahanan Sementara melalui warta PUB 482 bertarikh 17 September 2009.

Dalam hubungan ini, di atas keprihatinan Kerajaan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) telah mengambil alih tanggungjawab untuk membayar faedah penamatan kerja dan ex-gratia yang dinamakan sebagai wang ehsan kepada pekerja LBJ. Wang ehsan ini dibayar kepada bekas pekerja LBJ sebagai pekerja kontrak, bukannya sebagai pekerja estet dan telah selesai pembayarannya pada 1 November 1983.

Selain daripada bayaran wang ehsan pertama dan kedua serta bantuan perpindahan, Kerajaan juga bersetuju untuk memenuhi tuntutan tambahan penduduk LBJ. Ini termasuk mengekalkan kuil, tapak perkuburan Hindu dan sekolah Tamil seperti yang dituntut walaupun sekolah Tamil yang baru telah dibina dan mula beroperasi sejak bulan Januari 2011. Di samping itu, Kerajaan turut bersedia menawarkan unit kediaman di PPR Kampung Muhibbah, Puchong dengan kadar sewaan sebanyak RM124 sebulan di mana jarak kawasan perumahan itu dengan LBJ adalah sekirar 100 meter sahaja. mereka juga diberi pilihan untuk membeli unit kediaman tersebut dengan harga Rm35,000 seunit dan mengikut syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Bagi cadangan untuk mendapatkan empat (4) ekar tanah supaya bekas pekerja ini dapat mendirikan perumahan mereka, pihak kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana tanah berkenaan telah dirizabkan sebagai tanah perkuburan Islam, perkuburan bukan Islam dan juga Pusat Tahanan. Selain itu, kerajaan juga berpandangan bahawa ianya akan memberi kesan sampingan terhadap program penempatan semula setinggan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tuntutan ini tidak wajar dipenuhi kerana dibimbangi akan menjadi precedent kepada pelaksanaan program penempatan semula setinggan yang lain oleh DBKL seperti di Kampung Pandan, Seri Indah (dalam proses berpindah ke Seri Alam 2), Rezab Sungai Tapak Jaya (dalam proses berpindah ke PPR Air Panas), Pekan Kepong (dalam proses berpindah ke PPR Kampung Muhibbah). Secara keseluruhannya daripada 28,582 keluarga setinggan, sebanyak 25,271 keluarga setinggan telah dipindahkan. Daripada jumlah tersebut, tidak ada satu kawasan setinggan terbabit diberikan tanah untuk program penempatan semula.

Berdasarkan kepada tindakan mereka yang membawa kes ini ke mahkamah di mana mahkamah telah mendengar permohonan ‘inter-parte’ injuksi pada 27 April 2011 dan telah menolak permohonan penduduk LBJ pada 10 Mei 2011 dengan kos.

Oleh hal yang demikian, adalah disyorkan bahawa program pemindahan penduduk Ladang Bukit Jalil ke PPR Kampung Muhibbah wajar dilaksanakan dalam kadar segera. KWPKB juga berharap bekas pekerja ladang Bukit Jalil ini dapat menyambut baik usaha kerajaan dalam membantu mereka menyelesaikan isu ini sebaiknya.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: