Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Program MySkill

SOALAN:

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan;

 

(a)       statistik perbelanjaan kerajaan untuk program MySkill mengikut aktiviti yang dikendalikan; dan

 

(b)       mengapa program ini tidak dikendalikan oleh pusat atau institusi vokasional dan kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

  1. Untuk makluman Dewan Yang Mulia, Program Karnival Myskills yang dikendalikan oleh Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India bagi membuka peluang kepada pemudi-pemudi India untuk mengambil tahu mengenai latihan kemahiran dan jika berminat boleh mendaftar.
  2. Karnival MySkills diadakan dengan kerjasama lima (5) Kementerian iaitu Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Pengajian Tinggi. Sebanyak 8 negeri telah dipilih bagi menganjurkan carnival Myskills iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Perlis, Melaka dan Pahang. Setiap carnival Myskills melibatkan perbelanjaan sebanyak diantara RM20,000 hingga RM40,000. Seramai 17,000 pengunjung telah menyertai Karnival Myskills, terdiri 4031 pengunjung adalah dari kalangan drop-out. Seramai 2590 remaja telah mendaftar untuk menyertai latihan kemahiran.
  3. Bagi menjawab soalan berikutnya daripada YB Dr. S. Ramakrishnan, pendaftaran memasuki institusi-institusi latihan kemahiran Kerajaan dikendalikan sendiri oleh institusi-institusi tersebut termasuk Institut Latihan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia. Karnival Myskills perlu diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat India untuk memaklumkan peluang-peluang kemahiran percuma yang disediakan oleh institusi-institusi latihan kemahiran Kerajaan.


Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: