Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Statistik pelajar lepasan kolej matrikulasi dan STPM

SOALAN:

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan:

(a)       statistik pelajar lepasan kolej matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan mengikut kaum dan kelulusan bagi tempoh 5 tahun yang lepas. Adakah standard kelulusan matrikulasi dan STPM sama dari segi kelayakan; dan

(b)       Statistik pelajar tempatan mengikut kaum dan pelajar asing mengikut negara asal. Apakah syarat kelayakan pelajar dari luar negara yang melanjutkan pengajian di universiti tempatan.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

(a)       Penawaran tempat bagi pelajar lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi dibuat menggunakan kelayakan yang sama dan pemilihan dibuat berasaskan markah merit  calon serta pilihan program pengajian oleh pelajar. Statistik penawaran bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf bagi peringkat Ijazah Pertama di IPTA mulai sesi Akademik2007/2008 seperti berikut:

SESI AKADEMIK

PENAWARAN

2007 / 2008

40,184

2008 / 2009

40,116

2009 / 2010

40,366

2010 / 2011

40,506

2011 / 2012

41,267

Pada masa ini, Kementerian mengguna pakai pelbagai kelayakan masuk ke IPTA yang merangkumi kelayakan STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi IPTA, ‘A’-Level, International Baccalaureate Diploma (IBD) dan kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh kerajaan serta diperaku oleh Senat Universiti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kelayakan Matrikulasi dan STPM adalah setara, yang mana proses penyamarataan kelayakan Matrikulasi dan STPM telah dilaksanakan secara bersepadu oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Bahagian Matrikulasi (BMKPM) dan IPTA melalui Jawatankuasa Pembangunan Akademik (JPA) yang dianggotai oleh Timbalan-timbalan Naib Cancelor (Akademil) IPTA. Justeru, penyamarataan ini diguna pakai sebagai kelayakan masuk kepada calon untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama IPTA.

(b)       Pada Oktober 2011, terdapat seramai 537,801 pelajar tempatan di IPTA yang terdiri daripada 404,756 pelajar kaum Melayu, 68,205 pelajar kaum Cina, 13,600 pelajar kaum India dan seramai 51,240 pelajar daripada lain-lain kaum. Bilangan enrolmen pelajar antarabangsa di IPTA pula seramai 23,988 orang. Pelajar daripada Republik Islam Iran adalah seramai 5,342 orang, diikuti pelajar daripada Indonesia seramai 3,456 orang dan pelajar China seramai 2,099 orang. Bilangan enrolmen pelajar tempatan di IPTS pada tahun 2010 pula berjumlah seramai 478,924. Daripada jumlah tersebut, seramai 238,760 pelajar adalah kaum Melayu, 139,192 pelajar Cina, 50,377 pelajar India, dan 50,595 pelajar daripada lain-lain kaum. Enrolmen pelajar antarabangsa di IPTS pula adalah seramai 62,705. Pelajar daripada Republik Rakyat China adalah merupakan bilangan tertinggi di IPTS iaitu seramai 8,046, diikuti pelajar Republik Islam Iran seramai 7,009 orang dan pelajar Indonesia seramai 6,119 orang.

Berkenaan syarat kelayakan pelajar antarabangsa bagi mengikuti pengajian, ia sebenarnya tertakluk kepada tahap dan jenis program pengajian yang dipohon di sesebuah IPTA atau IPTS. Walau bagaimanapun, bagi pengambilan pelajar antarabangsa di IPTA, terdapat syarat kelulusan Bahasa Inggeris dan seseorang pemohon mestilah memenuhi sekurang-kurangnya salah satu daripada syarat keperluan berikut:

  1. Pemohon mesti mendapat skor 550 bagi Ujian TOEFL berasaskan Kertas Versi Akademik;
  2. Pemohon mesti mendapat skor 79-80 untuk TOEFL berasaskan Internet Test (Versi Akademik) dan;
  3. Pemohon mesti mendapat 213 untuk TOEFL Test (Versi Akademik) berasaskan komputer.
Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: