Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Statistik pendatang asing yang memiliki MyKad dan pasport Malaysia

SOALAN:

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:

 

(a)       statistik pendatang asing yang ditangkap kerana memiliki Kad Pengenalan (MyKad) biru dan passport Malaysia mengikut negara asal mereka untuk tempoh lima tahun yang lepas; dan

(b)       apakah langkah yang diambil oleh Jabatan Imegresen untuk mengelakkan pendatang asing memiliki passport Malaysia, memandang terdapat banyak kes di mana ramai pendatang asing yang ditangkap kerana mempunyai passport negara ini.

JAWAPAN:

Terima ksih diucapkan kepada Yang Berhormat kerana bertanyakan soalan tersebut.

(a)       Untuk makluman Yang Berhormat, rekod Jabatan Imegresen Malaysia menunjukkan bahawa daripada tahun 2009 sehingga Oktober 2011, sejumlah 295 pendatang asing telah dikesan kerana memiliki Pasport Malaysia  Antarabangsa (PMA) palsu. Daripada jumlah tersebut, seramai 130 warganegara China telah dikesan menggunakan PMA palsu diikuti oleh warganegara India seramai 110 orang dan lain-lain warganegara serama 34 orang.

Manakala, rekod Polis Diraja Malaysia pula menunjukkan bahawa statistik daripada tahun 2009 sehingga Oktober 2011, sejumlah 113 orang pendatang asing yang telah dikesan kerana memiliki MyKad palsu.

(b)       Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi mengelakkan pendatang asing memiliki PMA palsu, kerajaan telah mengambil langkah meningkatkan tahap keselamatan dengan memperkenalkan PMA bercip yang dapat memuatkan gambar serta imej ibu jari secara biometrik yang memenuhi piawaian International Civil Aviation Organization (ICAO). Di samping itu juga, ciri-ciri keselamatan di dalam PMA juga telah dipertingkatkan yang melibatkan empat komponen iaitu rekabentuk buku passport, ciri-ciri cetakan keselamatan, ciri-ciri laminat keselamatan biodata dan spesifikasi teknikal, sistem operasi dan peralatan.

Melalui PMA baru ini, pemeriksaan kesahihan dokumen tersebut akan menjadi lebih mudah di mana pegawai penguatkuasa dapat menyemak ciri-ciri biometrik dan maklumat yang disimpan di dalam cip tersebut. Di samping itu juga, ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan juga akan menyukarkan sindiket pemalsuan dokumen jika ingin memalsukan PMA berikutan ciri-ciri tersebut adalah unik dan sukar dikesan. KDN juga komited untuk mengkaji kesemua ciri-ciri keselamatan PMA terbabit setiap 5 tahun sekali bagi memastikan keberkesanannya serta memantau kesesuaiannya dari semasa ke semasa.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: