Dewan Negara Sesi Disember 2011 – Statistik terkini pemilikan harta

SOALAN:

Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik terkini pemilikan harta atau kekayaan negara mengikut kaum dan mengapa Dasar Ekonomi Baru (NEP) tidak mencapai matlamat 30 peratus pegangan kekayaan negara pada tahun 1990.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Statistik terkini yang lengkap mengenai pemilikan bangunan dan premis komersial mengikut kaum hanyalah setakat tahun 2007, di mana Bumiputera menguasai sebanyak 15 peratus, manakala kaum Cina sebanyak 76.1 peratus, kaum India sebanyak 3.8 peratus dan kaum-kaum lain sebanyak 5.1 peratus. Statistik ini diperoleh melalui penyiasatan terpilih yang dijalankan di bandar-bandar utama terpilih dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi pemilikan ekuiti dalam sektor korporat, statistik terkini adalah setakat tahun 2008, yang mana Bumiputera memiliki sebanyak 21.9 peratus, kaum Cina sebanyak 34.9 peratus, kaum India sebanyak 1.6 peratus dan kaum lain sebanyak 0.1 peratus.

Seperti Yang Berhormat sedia maklum, dalam konteks penstrukturan semula ekuiti sektor korporat, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah menetapkan sasaran penstrukturan semula ekuiti pada nisbah 30:40:30. Maklamat DEB ialah menjelang 1990, pegangan Bumiputera sepatutnya mencapai 30 peratus, bukan Bumiputera 40 peratus dan warga asing 30 peratus, dalam konteks ekonomi yang berkembang. Namun begitu, kerajaan akui bahawa maklamat pegangan kekayaan negara belum berjaya dicapai sepenuhnya seperti yang disasarkan.

Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan sasaran tersebut tidak tercapai. Antaranya ialah akibat kelembapan ekonomi dunia yang berpanjangan pada tahun 1980an, pertumbuhan ekonomi negara turut terjejas dan catatan pertumbuhan pada kadar purata 5.8 peratus sahaja. Krisis ekonomi dunia ini telah mengurangkan penekanan terhadap penyusunan semula masyarakat dan lebih menumpukan kepada maklamat DEB yang pertama iaitu membasmi kemiskinan. Kerajaan telah mengambil langkah dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan menganggur yang terdiri daripada kalangan pekerja biasa dan berpelajaran tinggi serta golongan miskin di samping mengurangkan pengenalan fungsi ekonomi mengikut kaum. Kesan daripada kemelesetan ekonomi dunia ini juga, kemampuan Bumiputera serta ruang untuk kerajaan melabur dan membeli ekuiti adalah terhad, memandangkan lebih banyak tumpuan diberikan kepada usaha pemulihan ekonomi.

Namun begitu, pelaksanaan DEB telah menunjukkan kejayaan yang ketara dalam meningkatkan pegangan ekuiti secara keseluruhan, terutamanya pegangan ekuiti kaum Bumiputera iaitu bertambah sebanyak 16.9 peratus pada tahun 1990 berbanding tahun 1970. Dari keseluruhan jumlah ekuiti korporat, pegangan ekuiti Bumiputera telah mencapai sebanyak 19.3 peratus, pegangan bukan Bumiputera sebanyak 46.8 peratus dan 25.4 peratus untuk warga asing.

Explore posts in the same categories: Parliament

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: