Ucapan Rang Undang-undang Penilai, Penaksir, dan Ejen Hartanah

Penyelenggaraan dan pengurusan harta bersama dalam semua bangunan bertingkat ditadbir oleh tiga undang-undang iaitu Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (HDA), Akta Hakmilik Strata 1985 (STA), dan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (BCP).

 

Tiga akta itu adalah undang-undang khusus berkaitan dengan penyelenggaraan dan pengurusan harta bersama dalam satu skim strata. Dalam ketiga-tiga akta ini, orang yang boleh dilantik untuk menjalankan penyelenggaraan dan pengurusan harta bersama adalah seorang yang layak atau ejen (HDA), ejen dan pekerja yang dirasakan layak (STA) serta sesiapa sahaja atau ejen (BCP).

 

Walaupun ketiga-tiga akta itu tidak memaksa perlantikan penilai untuk menyelenggara dan mengurus harta bersama, pindaan yang dicadangkan untuk Akta Penilai, Penaksir, dan Ejen Hartanah 1981 (VAEA) memaksa semua pengurus harta menjadi penilai. Kebiasaannya semua harta di negara ini pada masa kini tidak diuruskan oleh penilai.

 

Ada berpuluh ribu orang yang berurusan dengan tuan tanah dan sebagai ejen mengurus yang terlibat dalam pengurusan harta. Pekerja mahir dan terlatih ini secara kumpulan mempunyai pengalaman bertahun-tahun dan mempunyai rekod pencapaian, kepakaran dan kecekapan dalam semua aspek pengurusan harta.

 

Tetapi periuk nasi mereka mungkin akan terjejas jika rang undang-undang yang dicadangkan itu untuk meminda Akta Penilai, Penaksir, dan Ejen Hartanah (VAEA) kepada Rang Undang-undang Penilai, Penaksir, dan Ejen Hartanah (Pindaan) 2010 mewujudkan ekslusiviti mutlak dan monopoli kepada penilai menjadi hanya seorang yang dibenarkan untuk menjalankan pengurusan harta.

 

Pindaan yang berkaitan dengan pengurusan harta itu terkandung dalam dua klausa yang disertakan dalam rang undang-undang yang dicadangkan. Pindaan ini cuba untuk merampas hak pemilik dan Pesuruhjaya Bangunan (COB), dan konflik dengan niat dan fungsi lembaga pengurusan bersama seperti yang disediakan dalam Akta Bangunan dan Harta Bersama (Akta 663).

 

Mereka juga merampas hak pemilik dan perbadanan pengurusan dan  konflik mereka dengan syarat-syarat Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) yang membenarkan penubuhan perbadanan pengurusan.

 

Akta Hakmilik Strata (STA) dan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) (BCP) dengan sengaja membenarkan hak dan tanggungjawab pemilik harta atau entity perbadanan atau pemaju yang sah untuk bertindak sebagai pengurus harta bagi menyelenggara dan mengurus harta-harta tersebut, dan juga bagi melantik ejen mengurus untuk menjalankan pengurusan harta dan perkhidmatan yang berkaitan.

 

Tiada apa-apa permintaan dalam akta-akta ini bahawa ejen mengurus ini perlu menjadi penilai, mahupun apa-apa rujukan yang berkaitan dengan Akta Penilai, Penaksir, dan Ejen Hartanah (VAEA). Pesuruhjaya Bangunan ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) (BCP) telah diberi kuasa dan hak yang perlu untuk mengawasi dan mengatur pengurusan harta. Pindaan yang dicadangkan kepada Seksyen 21 Akta Penilai, Penaksir, dan Ejen Hartanah (VAEA) itu akan menjadi konflik dengan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) (BCP) dan Pesuruhjaya Bangunan (COB).

 

Pindaan yang cuba untuk memberi penilai monopoli ekslusif bagi pengurusan harta dan mewujudkan pekerjaan mencari sewa kedai tertutup (cloased-shop rent-seeking), tentu sekali terma perniagaan (terms of trade) yang tidak adil di mana Akta Perlindungan Pengguna cuba/berusaha untuk melarang dan secara langsung menghina objektif Akta Perlindungan Pengguna tersebut. Pindaan itu juga mempunyai konflik dengan Akta Persaingan yang berusaha untuk memastikan sektor ekonomi dan perniagaan tidak diputarbelitkan dalam memihak monopoli dan oligopoli.

 

 

 

Explore posts in the same categories: Bills for Enactment

One Comment on “Ucapan Rang Undang-undang Penilai, Penaksir, dan Ejen Hartanah”

  1. kggdd Says:

    that a good for valuer….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: