Ucapan Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang dihormati

 

Pindaan Seksyen 5 fokus pada penubuhan makmal ujian peralatan perubatan dan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia digunapakai untuk taraf perintis (pioneer status) bagi tempoh dari 8 September 2007 hingga 31 Disember 2012.

 

Syarikat-syarikat pelaburan luar negara tidak lagi memberi tumpuan kepada infrastruktur asas dan kadar cukai. Mereka kini lebih menumpukan kepada ketersediaan (availability) tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan kualiti pendidikan yang dapat melahirkan pekerja yang mahir, berdisiplin, rajin dan minda positif. Tetapi Malaysia menghadapi masalah kekurangan tenaga mahir (brain drain) yang serius dan ini akan menghalang pelaburan asing. Apakah langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini yang dipersetujui oleh pelabur? Apakah FDI untuk tempoh lima tahun yang lalu?

 

Mengapa dikhususkan peralatan perubatan? Siapakah yang akan mendapat manfaat dengan pindaan ini? Apakah alasan mengapa kerajaan berminat untuk menggalakkan pertumbuhan industri khusus ini? Mengapa permohonan mesti diterima di antara 8 September 2007 dan 31 Disember 2012 untuk kedua-dua industri? Mengapa perlu menetapkan tarikh akhir?

 

Adakah haiwan atau binatang import digunakan untuk tujuan testing drug atau ujian perubatan? Syarikat-syarikat perubatan yang tidak dibenarkan beroperasi di negara-negara lain boleh berpindah ke Malaysia kerana negara ini membenarkan penggunaan haiwan untuk ujian makmal.

 

Ini membawa kepada perkara yang lain: bagaimana kerajaan memilih industri mana yang perlu digalakkan? Adakah kriteria yang jelas?

Explore posts in the same categories: Bills for Enactment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: