Ucapan Rang Undang-undang Pengangkutan

 

Negara kita memerlukan segera dasar pengangkutan negara bagi memperbaiki sistem pengangkutan. Janji-janji dan KPI yang telah dijamin oleh kerajaan untuk memperbaiki pengangkutan awam nampak baik dan hebat tetapi bagi rakyat diluar sana keadaan masih tidak berubah. Pada masa kini, kerajaan merancang untuk sistem pengangkutan awam dilaksanakan berdasarkan ad-hoc dan bergantung kepada perubahan. Prestasi syarikat milik kerajaan iaitu Syarikat Prasarana Negara Berhad yang mengendalikan Rapid KL tidak menggalakan, manakala prestasi Rapid Penang yang dimiliki oleh Prasarana juga tetapi beroperasi sendiri menggalakan. Pengguna dipulau pinang rasa kemajuan dalam perkhitmatan. Mungkin masalahnya bukan pemilikan kerajaan tetapi sebenarnya campur tangan dan pengurusan-mikro kerajaan pusat.

 

Pengurusan pengangkutan yang efektif memerlukan satu dasar yang diselaraskan dengan baik termasuk dasar-dasar yang mengurangkan bilangan kereta di kedua-dua pemilikan dan penggunaan, dan pada masa yang sama dasar-dasar yang meningkatkan ketersediaan (availability) dan bilangan pengguna kemudahan pengangkutan awam. Ini memerlukan penglibatan pakar pakar tak kira kaum atau pun pandangan politiknya.

 

Pembinaan lebuhraya adalah penyelesaian untuk sistem pengangkutan awam yang baik. Bilangan kereta akan terus meningkat sehingga ia tidak akan dapat dilaksanakan dan bahaya kepada kesihatan dan keselamatan awam. Ini sudah pun terjadi sebab lebuhraya pada hari minggu dan musim perayaan sangat sesak. Tidak adil untuk mengutip tol oleh sebab kesesakan truk. Kita perlu menggabungkan dan mengintegrasikan sistem keretapi dengan sistem pengangkutan bas. Kerajaan harus mendapat sokongan daripada kepakaran asing yang mempunyai pengalaman yang luas dalam masalah pengangkutan awam untuk menjalankan kajian bebas. Hasil kajian harus disiarkan di akhbar-akhbar dan perdebatan siaran langsung harus diadakan. Ianya penting bagi memastikan orang awam sedar tentang isu terkini.  Idea integrasi bas dan keretapi di mana fungsi bas seperti jalan yang masuk ke sistem utama atau pusat (feeder) sudah tentu boleh dilaksanakan.

 

Sistem pengangkutan awam di Malaysia harus terdiri daripada sistem keretapi berat (Mass Rapid Transit – MRT), sistem keretapi ringan (Light Rail Transit – LRT), bas awam, tramp, monorail dan teksi. Pengguna lebih mengambil berat tentang masa menunggu yang lama, ketibaan bas yang tidak tentu masa, pertukaran yang sesak dan tidak selesa dalam sistem pengangkutan awam sekarang. Bagi menangani masalah ini saya mencadangkan:

 

  1. System pengangkutan awan yang cekap dan berkesan adalah tanggung jawab kerajaan. Pengangkutan awan tidak boleh diswatakan untuk mengaut keuntungan. System pengangkutan awan boleh dikorporatkan dalam badan yang bertujuan untuk membawa penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagaimana perbadanan ini boleh melakukan dengan cekap dan berkesan. Mengabil kira tujuan ini barulah perbadanan mula merancangkan system pengangkutan.

 

  1. Pembinaan rumah dan bandaraya dan pengangkutan di antara bandaraya mesti diambil kira oleh penganjur system pengangkutan awan. Pada pendapat saya penganjur sekarang di ambil pendekatan ini. Mereka lebih mementingkan pemilik syarikat membuat kerata dan pengusaha bas daripada orang yang mengunakan pengangkutan. Akhirnya penguna pengangkutan yang bersusah dan segala kos perancang buruk dan ketidakcekapan. Ini tidak adil kepada pengguna pengangkutan awan dan lebuhraya. Kerajaan mesti lebih mementingkan kehendak orang ramai dan bukan kroni yang mengusaha bas dan membuat kereta.

 

Apakah kos melaksanakan sistem kamera AES? Adakah kerajaan memberikan pinjaman jangka masa panjang? Adakah kerajaan memberi apa-apa jaminan untuk memastikan keuntungan syarikat? Syarikat yang membelanja banyak wang mesti perlu satu jaminan keuntungan? Apakah kedudukan kerajaan. Namun, untuk setiap enam juta surat saman lalu lintas yang dikeluarkan oleh dua syarikat yang menjalankan AES, kedua-dua syarikat akan berkongsi 34.3% dari pendapatan dan keseimbangan kepada kerajaan. Ini akan mendorong syarikat mengeluarkan lebih banyak saman. Syarikat akan menjadi cerdas dalam mengeluarkan saman.

 

Wang denda telah dinaik sangat tinggi. Ini akan menjadi satu beban untuk orang yang di saman. Saman ialah untuk melarang pengguna tak buat kesilapan dan bukan untuk syarikat buat untung. Kesesakan, keadaan dan susah payah pengguna mesti diambil kira sebelum saman dikeluarkan. Keperihatinan mesti diambil kira dalam pengeluaran saman. Memasang kamera akan mewujudkan lebih kesesakan di jalan raya. Harap sistem saman tidak mementingkan keuntungan 2 syarikat dalam pengeluaran saman.

 

Explore posts in the same categories: Bills for Enactment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: