Ucapan Rang Undang-undang Pemberi Pinjam Wang

Aktiviti meminjam wang mempunyai reputasi yang teruk disebabkan kehadiran pemberi pinjam wang haram atau lebih dikenali dengan panggilan Ah Long. Ah long  menggunakan kekasaran untuk mengutip wang dan juga mengenakan kadar bunga yang melampau. Ramai rakyat biasa telah menjadi mangsa Ah Long sejak beberapa tahun yang lalu.

 

Berapakah bilangan pemberi pinjam wang yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)? Bolehkah nyatakan stastistik mengikut kaum dan adakah terdapat apa-apa institusi pemberi pinjam wang? Bagaimana kerajaan mengawal pemberi pinjam wang haram pada masa kini?

 

Rang undang-undang pemberi pinjam wang sedang dibentangkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebaliknya bukan Menteri Kewangan. Mengapa? Adakah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempunyai kemampuan penguatkuasaan dengan kuasa yang mencukupi untuk menangkap pesalah seperti Ah long? Beberapa perkara perlu diambil kira dalam Pemberian  bagaimanakah Pinjam Wang selepas meningkatnya aktiviti pinjaman wang haram sejak beberapa tahun yang lepas. Antara perubahan yang dicadangkan adalah:

 

  1. Perlu lebih banyak perkhidmatan sokongan kepada mangsa-mangsa Ah Long. Rakyat harus tahu ke mana mereka boleh mengadu apabila menghadapi masalah contohnya sokongan undang undang dan perlindongan keselamatan. NGO-NGO boleh main satu peranan penting dalam perkara ini.

 

2.   Lesen hendaklah diberikan kepada mereka yang mempunyai rekod integriti dan kewangan yang kukuh.  Misalnya syarikat pinjaman wang mesti ada wang deposit lebih daripada 1juta ringgit.

 

  1. Semua operasi perniagaan pemberi pinjam wang haruslah menggunakan sistem pengkomputeran. Harus ada lama web pemberi pinjam wang yang mengiklankan perkhidmatan dan kadar bunga yang ditawarkan akan merubah imej industri. Ia boleh mengandungi pendaftaran yang mempunyai maklumat lengkap lesen, termasuk sama ada lesen tersebut telah dibatalkan, digantung, atau ditarikbalik.

 

  1. Hukuman denda yang lebih berat keatas pemberi pinjam wang yang bersalah adalah lebih berkesan sekiranyaLangkah-langkah pencegahan dan penguatkuasaan dibuat dengan rapi. Pindaan 2003 telah menaikkan hukuman denda dari RM1000 kepada RM100,000, tetapi tindakan ini masih kurang berkesan menangani gejala negatif pemberi pinjam wang. Malahan pemberi pinjam wang tidak berlesen menjadi lebih kejam – kes merantai peminjam wang untuk mendapat bayaran balik pinjaman.

 

  1. Penerbit atau pencetak harus memastikan iklan, flyer, leaflet, broshur, dan sebarang iklan yang diterbitkan atau dicetak mengandungi butiran nombor lesen, nombor permit iklan, nama dan alamt pemberi pinjam wang dan tempohlaku lesen-lesen itu dan kadar faedah yang dikenakan. Hukuman denda harus dikenakan ke atas sesiapa yang melanggar peruntukan ini.

 

  1. Pemberi pinjam wang mesti memberitahu peminjam wang syarat-syarat pinjaman sebelum member pinjaman. Untuk tujuan ini, perjanjian pinjaman harus disediakan di dalam 3 bahasa iaitu: Bahasa Melayu, Bahasa Cina, dan Bahsa Tamil. Pemberi pinjam wang harus menerangkan klausa-klausa di dalam perjanjian pinjaman kepada peminjam wang. Ini adalah bertujuan supaya peminjam wang faham dan tahu hak mereka.

 

  1. Untuk memastikan akta ini berkesan, pegawai-pegawai yang bertugas (terutamanya dari KPKT) harus dilatih dan diberi ganjaran yang sesuai memandangkan keselamtan mereka boleh diancam. Mereka juga perlu diberi perlindungan undang-undang bila menjalankan pemantauan dan siasatan. Pegawai-pegawai tersebut haruslah mencerminkan demografi pemberi pinjam wang.

 

 

 

 

 

Explore posts in the same categories: Bills for Enactment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: