Ucapan Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011

Terima kasih Puan yang di-Pertua yang saya hormati

Isu gaji minimum adalah penting untuk pekerja apabila kita  mengambil kira bahawa 34% pekerja memperoleh pendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu kurang RM700. Pekerja-pekerja menunggu harapan yang tinggi untuk gaji minima, tetapi rang undang-undang ini baru mahu menubuhkan mechanicm untuk berunding isu gaji minima.  Nampaknya kerajaan adopt delay tactics untuk mewujudkan satu gaji minima. Sekarang perundingan akan mengambil masa dan lagipun adakah MEF akan membenarkan kementerian untuk bersetuju satu gaji minima yang munasabah?

 

Rang undang-undang ini hanya menyebut Majlis Konsultasi Gaji Minimum (MWCC) dan pembentukannya. Rang undang-undang ini tidak menyebut mengenai kriteria-kriteria yang diambil untuk menyesuaikan gaji dengan kenaikan harga (inflasi) setiap tahun. Ini akan membantu majikan supaya bersiap sedia. Ia juga akan mengelakkan pekerja daripada membuat jangkaan yang tidak realistik ke atas pelarasan gaji mereka. Singapura mempunyai satu mekanisma seperti ini. Saya cadangkan mechanism yang bersesuaian dimasukkan dalam rang undang-undang ini.

Kita tidak mahu majikan membayar gaji yang minima kepada pekerja tetapi satu gaji yang bersesuaian dengan kos sara hidup. Sebab itu rang undang-undang ini mesti rujuk gaji bukan sebagai gaji minima tetapi decent living wages.

 

Rang undang-undang ini adalah mengenai Majlis Konsultasi Gaji Minimum mengemukakan cadangan mereka kepada menteri dan menteri mempunyai pilihan untuk menerima atau menolak. Jadi Menteri berkenaan tidak terikat dengan keputusan Majlis Konsultasi Gaji Minimum. Pada masa ini saya nampak Menteri di Jabatan Perdana Menteri ada bercakap mengenai gaji minima, ketua PEMANDU pun ada menyatakan pendapat mengenai gaji minima. Nampaknya ada menteri lain yang tidak bersetuju dengan Menteri Sumber Manusia dalam hal gaji. Ketika ini pendapat menteri boleh di over ride menteri-menteri lain dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF). Ketika ini juga MEF membantah gaji minimum dan kerana itu kerajaan tiada kehendak politik (political will) untuk melaksanakan gaji minimum. Kalau menteri masih kekalkan kuasa veto ni, kita akan ada di keadaan yang seperti sebelum rang undang-undang ini. Sebab MEF akan mengenakan terma dan syarat dan menteri pun tidak boleh bergerak. Saya mencadangkan bahawa Majlis Konsultasi Gaji Minimum mesti bebas daripada keputusan pihak kerajaan dan keputusan mereka adalah muktamad dan menteri tidak boleh masuk campur. Kalau tidak kita akan kembali ke keadaan yang sama seperti yang sebelum ini. Majlis itu perlu bebas dan berkecuali.

 

Daripada 23 ahli majlis ini, wakil pekerja hanya 5 orang sahaja. 8 wakil kerajaan pula mesti menyokong atau terhutang budi kepada kerajaan, wakil MEF mesti mahu melindungi kepentingan mereka dan kita hanya boleh mengharapkan 5 wakil profesional, itu pun jika mereka betul-betul bebas. Jadi ia tidak betul-betul mewakili pihak pekerja. Keadaan ini mesti diperbaiki demi kepentingan pekerja. Saya juga mencadangkan bahawa wakil-wakil pekerja dipilih oleh kesatuan pekerja dan bukan kerajaan yang memilih wakil-wakil pekerja ini. Pihak kerajaan beri sokongan sahaja dan bukan menjadi ahli NWCC. Ini akan memberi peluang kepada pekerja dan majikan untuk berunding satu gaji yan berpatutan. Not distorted by the presence of government representatives.

 

Isu gaji minimum sudah berlanjutan selama berdekad-dekad. Oleh sebab itu saya mencadangkan kerajaan supaya menetapkan segera decent living wages bagi pekerja-pekerja, tertakluk kepada pelarasan kemudian. Para pekerja menderita dengan kenaikan harga. Beberapa bulan lalu, kerajaan menetapkan gaji minimum bagi pengawal keselamatan RM700 sebulan, yang berkuatkuasa pada akhir bulan Januari 2011, dengan semangat yang kerajaan juga boleh menetapkan devent living wages yang terbaik untuk semua pekerja pada masa sekarang. Ia telah dicadangkan bahawa sekurang-kurangnya RM900 oleh MTUC dan berkuatkuasa sekarang. Pelarasan lanjut dan semakan berkala tahunan  boleh dilakukan selepas keputusan NWCC dikuatkuasakan tetapi sekurang-kurangnya pekerja akan mendapat gaji yang mencukupi ketika ini untuk diri dan keluarga mereka apabila kos sara hidup sudah begitu tinggi. Pekerja hanya mendapat kenaikan 2.6% dalam tempoh 15 tahun.

 

Saya minta kementerian memandang decent living wages sebagai satu perangsang ekonomi dan bukan satu beban yang menjadikan majikan tidak berdaya saing. Decent living wages kepada pekerja akan meningkatkan kuasa pembelian mereka dan permintaan untuk barang dan perkhidmatan juga akan meningkat. Ini akan membantu ekonomi juga.

 

Syarikat-syarikat besar dalam sektor perladangan dan MNC mendapat keuntungan berbilion-bilion ringgit. Tetapi gaji yang dibayar kepada pekerja di bawah paras kemiskinan. Kerajaan mesti melindungi hak pekerja. Mungkin ada masalah bayaran decent living wages daripada syarikat-syarikat kecil, di mana kementerian telah pun ada mekanisme dalam rang undang-undang ini.

 

Kerajaan terlalu bergantung kepada Bank Dunia yang mewakili pemikiran kapitalis. Itulah sebabnya mereka berkata gaji minimum tidak berdaya saing. Saya minta kerajaan mengecualikan Bank Dunia daripada  Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan (NMCC). Kerajaan perlu membuat pendirian mengikut kajian dan penyelidikan sendiri, tetapi malangnya tidak.

 

Gaji minimum ini harus dipakai kepada semua pekerja termasuk pekerja asing. Dengan cara ini majikan boleh mengambil lebih ramai pekerja tempatan. Itu semua adalah berkenaan kehendak politik untuk menyediakan decent living wages dan bukan gaji minima.

Memandangkan kekurangan tenaga buruh tempatan yang menyebabkan berjuta-juta pekerja asing, saya juga ingin mencadangkan bahawa umur persaraan bagi pekerja-pekerja yang sihat dilanjutkan.

Akhir sekali. Ada ramai pekerja ladang yang telah bersara menghadapi masalah kesihatan. Ladang-ladang tidak boleh menggunakan mereka seperti “sucked orange and throw them when they are used”. Ladang-ladang ini mendapatkan keuntungan berbilion-bilion ringgit. Mereka harus menanggung kos perubatan untuk bekas pekerja-pekerja ladang mereka. Kebanyakan bekas pekerja ladang ini menghidapi penyakit dan tidak mampu untuk membayar kos perubatan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya ladang-ladang wajib memberi bantuan perubatan selepas persaraan pekerja-pekerja dari ladang ini. Saya cadang kos perubatan untu pesara buruh dimasukkan juga di dalam majlis perundingan gaji. Undang-undang ini mesti backdated supaya lebih ramai yang memerlukan bantuan perubatan ketika ini terjaga.

Tidak ada mekanisme ditetapkan untuk gaji minimum ketika ini. Kuasa pasaran dikelirukan dengan kebanjiran berjuta-juta pekerja sah dan tidak sah. Oleh itu bagaimana kuasa pasaran boleh berjaya? Hanya 7% pekerja-pekerja diwakili oleh kesatuan, jadi perjanjian kolektif tidak ada bagi kebanyakan pekerja. Keadaan ini adalah disebabkan oleh tindakan-tindakan kerajaan dengan membendung dan mengawal penubuhan kesatuan sekerja di kilang-kilang. Kesan Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 sangat terhad. Oleh itu, tiada mekanisma yang berkesan untuk decent living wages ditetapkan pada masa sekarang.

Terima kasih.

 

 

Explore posts in the same categories: Bills for Enactment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: