Ucapan Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2010

Kami akan menyokong pembangunan seni visual bagi membolehkan pengiat seni dan organisasi seni mengambil risiko kreatif dan meneruskan peluang-peluang baru. Saya cadangkan bahawa lembaga ini terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai latarbelakang yang berbeza contohnya seperti sektor swasta, kumpulan etnik yang berbeza, dan NGO yang berkaitan dengan seni. Lembaga ini harus membuat perancangan polisi yang luas, falsafah, skop dan infrastruktur serta perlu memastikan untuk menghimpunkan rampasan akta dan lembaga ini untuk agenda mereka sendiri. Dana korporat adalah satu panduan (template) yang muzium dan galeri antarabangsa boleh bergantung bagi menyokong aktiviti mereka yang banyak. Juga pemain korporat yang multinasional berusaha untuk digabungkan dengan badan-badan kebudayaan untuk meningkatkan profil awam mereka. Kami berharap akta ini membenarkan sektor swasta untuk menyertai dan mengambil bahagian secara aktif. Lebih ramai pengumpul dan penaung seni akan mewariskan kerja seni kepada galeri, menekankan bahawa penaja korporat dan perseorangan boleh mendapat pengecualian cukai untuk sumbangan mereka.

 

Kami berharap lembaga ini akan dapat memperbaiki kawasan penyelidikan galeri, dokumentasi, dan pemuliharaan. Orientasi pindaan ini harus dibuat penyelidikan dan pembangunan dengan penyertaan yang aktif daripada IPTA dan IPTS.

 

Akta ini dan pindaannya harus menggalakkan kebebasan menyuarakan pendapat dan tidak mengurangkannya. Kerajaan Malaysia gemar mengurangkan dan mengawal kebebasan menyalurkan pendapat dan perbincangan terbuka. Ini harus dihentikan, jika tidak kita pemimpin generasi pada ketika ini tidak dapat melemahkan mereka. Negara-negara maju sentiasa menggalakkan kebebasan menyuarakan pendapat.

 

Terbaru, kartunis akhbar Malaysia Kini iaitu Zulkiflee Anwar atau lebih dikenali dengan panggilan Zunar telah dikasari dan ditahan kerana penyiaran kartun beliau. Mengapa kerajaan Malaysia perlu takut kepada kartun? Ianya tidak masuk akal. Pindaan ini harus menghentikan kekasaran polis seperti ini. Bolehkah menteri yang berkenaan jelaskan kepada dewan ini apakah perkembangan terkini berkenaan kes Zunar yang dikasari ini?

Explore posts in the same categories: Bills for Enactment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: