Ucapan Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010

Ketika kita mengalu-alukan pengenalan rang undang-undang anti pencatutan, kerisauan yang paling besar adalah penguatkuasaan akta tersebut. Rakyat banyak memperkatakan tentang kelemahan penguatkuasaan akta dengan meluas di negara ini. Kerajaan harus bertindak dengan tegas untuk memenangi keyakinan rakyat bahawa kita mempunyai penguatkuasaan akta yang kuat. Tambahan lagi pasukan penguatkuasaan itu harus menggambarkan demografi rakyat Malaysia dengan campuran semua kaum. Penguatkuasa juga harus seorang yang terpelajar dan berkomunikasi dengan pesalah serta memberitahu mereka mengapa mereka ditahan. Adakah isu seperti ini diambil kira?

 

Selain itu, dalam panel membuat keputusan harus diwakili oleh semua seksyen atau golongan rakyat Malaysia seperti pengguna, pekerja, minoriti, majikan, pakar undang-undang, ahli perniagaan, dan sebagainya, tempat untuk meminta pertolongan (recourse) dan proses yang sepatutnya harus telus dan sokongan harus sentiasa boleh didapati. Bagaimana isu ini diatasi dalam rang undang-undang ini?

 

Rang undang-undang tersebut harus lebih inklusif dan tidak hanya mensasarkan peniaga-peniaga dalam kawasan pasar. Rang undang-undang tersebut dan penguatkuasaannya juga harus menyertakan pencatutan daripada utiliti seperti caj telefon dan elektrik. Orang miskin bersusah payah untuk membayar caj tersebut tetapi TNB dan Telekom yang mendapat berbilion ringgit. Ada sesuatu yang tidak kena di sini. Rang undang-undang tersebut juga harus memasukkan sama ada Telekom dan TNB mengenakan caj yang melampau.

 

Selain itu, Rang undang-undang tersebut juga perlu memasukkan caj pengangkutan, caj kad kredit, caj kadar faedah bank, perlindungan insurans, harga perniagaan monopoli, harga rumah, dan GLC. Adakah Rang undang-undang tersebut meliputi perkhidmatan-perkhidmatan seperti itu? Kerajaan harus mengeluarkan harga runcit untuk perkhidmatan-perkhidmatan seperti ini bagi memeriksa sama ada wujudnya elemen pencatutan.

 

Di samping itu juga, caj yang dikenakan hospital-hospital swasta adalah sangat tinggi. Hospital swasta tidak boleh mengenakan caj yang melampau. Adakah rang undang-undang anti pencatutan ini meliputi caj hospital swasta? Hanya kerana syarikat insurans membayar caj hospital swasta yang melampau. Oleh itu, rang undang-undang anti pencatutan harus meliputi aktiviti perniagaan yang lebih luas termasuklah hospital swasta dan farmasi.

 

Kerajaan harus bijak dan proaktif dalam menghalang penyorokan barang perniagaan. Antaranya dengan membenarkan lebih banyak peniaga supaya mereka tidak berkomplot dah menyorok barang. Adakah kerajaan masih menentukan harga runcit untuk barang keperluan dan perkhidmatan seperti gula, ayam, dan sebagainya?

 

 

Explore posts in the same categories: Bills for Enactment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: