Ucapan Rang Undang-undang Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan)

Terima kasih Tuan Yang Dipertua

Buruh kanak-kanak mungkin bukan masalah besar tetapi ia wujud. Dianggarkan bahawa 72,000 pekerja kanak-kanak migran warga Indonesia dan juga kanak-kanak yang tidak diiktiraf kerakyatannya di Sabah bekerja tanpa masa pekerjaan ditetapkan di ladang-ladang. Kanak-kanak ini menolong ibubapa mereka di ladang-ladang. Suruhanjaya Indonesia bagi Perlindungan Kanak-kanak telah menuduh peladang kelapa sawit Malaysia memperhambakan pekerja migran dan anak-anak mereka  di ladang-ladang dalam negeri Sabah di kepualauan Borneo. Arist Merdeka Sirait, iaitu Ketua Setiausaha Suruhanjaya memberitahu media cetak  bahawa anak-anak mereka telah dijadikan hamba secara sistematik oleh pemilik ladang. Mereka ditempatkan di berek yang terpencil yang tiada akses untuk pengangkutan, menjadikannya mustahil bagi mereka untuk meninggalkan ladang. Mereka juga tiada akses untuk air bersih, elektrik dan kemudahan lain. Adakah kementerian sedar dan menyiasat masalah ini? Apakah hasilnya?

 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata bahawa ada kanak-kanak yang tidak bersekolah dan kebanyakannya merayau-rayau dan menjaja barang-barang di tepi jalan. Tidak semua kanak-kanak ini anak-anak kepada warga asing. Kanak-kanak tampatan juga terlibat dengan aktiviti menjaja jalanan. Mereka tidak terlibat dalam aktiviti jenayah tetapi banyak terlibat dalam menjual rokok seludup, keputusan loteri dan meminta sedekah. Apakah hasil siasatan ini?

 

Berdekad-dekad migrasi penduduk yang tidak tetap ke Sabah dalam timur Malaysia telah menyebabkan bertambahnya bilangan anak-anak migran daripada Filipina dan Indonesia yang tidak mempunyai dokumen berisiko untuk tidak diiktiraf sebagai warganegara. Migran yang tidak mempunyai dokumen di Malaysia menjadi sasaran untuk ditahan dan dibuang negeri, di mana dalam sesetengah kes mereka meninggalkan anak-anak mereka keseorangan di tepi jalan.

 

Bilangan sebenar kanak-kanak jalanan di Sabah tidak diketahui, tetapi diandaikan dalam ribuan orang, kebanyakannya adalah berketurunan Filipina. Penduduk tempatan menjadi sangat marah dengan migran yang tidak mempunyai dokumen di Sabah, dan kanak-kanak jalanan ini digambarkan sebagai unsur jenayah oleh Pihak Bantuan Tempatan (PBT) dan media. Kanak-kanak yang bekerja di pasar-pasar ikan berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali dan menjadi ancaman berterusan oleh pihak polis. Dalam tahun 2006, polis telah menahan lebih kurang 160 kanak-kanak jalanan yang ditempatkan dalam tahanan. Mereka yang mempunyai hubungan keluarga akhirnya dibebaskan, tetapi tiada maklumat tentang nasib yang lain.

 

Kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan yang tegas terhadap migran-migran yang datang ke negara ini. Di Sabah serbuan dilakukan di kawasan-kawasan perumahan di mana migran ini tinggal dan di kawasan pasar tempat kebanyakan mereka bekerja. Migran yang ditangkap dihantar pulang ke negara asal masing-masing. Ramai kanak-kanak yang ibubapa mereka telah dihantar pulang dan yang tiada keluarga atau penjaga di Sabah akhirnya meneruskan hidup dan bekerja di tepi jalan pada usia yang sangat muda, selalunya di pasar-pasar ikan.

 

Ramai kanak-kanak yang membesar di ladang-ladang kelapa sawit di negeri Sabah dan Sarawak tiada mendapat pendidikan yang sewajarnya kerana mereka tiada sijil kelahiran atau kad pengenalan. Kebanyakan mereka adalah anak-anak pekerja migran Indonesia dan Filipina. Mereka tidak mampu untuk ke sekolah disebabkan kemiskinan, jarak yang jauh, dan status kerakyatan yang sah serta risiko menjadi buruh kanak-kanak pada usia yang sangat muda.

 

Selain itu, terdapat juga seramai 42,000 kaum India Malaysia yang dilahirkan di Malaysia memegang kad pengenalan merah dan ada beberapa orang yang datang daripada keluarga yang bercerai berai tanpa apa-apa dokumen. Kanak-kanak ini tidak dapat bersekolah dan mencari pekerjaan. Kerajaan BN telah mengabaikan mereka. Sekarang selepas kalah teruk pada tahun 2008 telah membentuk pasukan khas untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tiada keikhlasan dan niat yang baik dalam usaha-usaha mereka.

 

Di samping itu juga, kanak-kanak warga Myanmar diseludup ke Malaysia untuk dijadikan peminta sedekah. Haris adalah di antara beberapa ratus kanak-kanak yang tiada dokumen disebabkan perkahwinan antara orang tempatan dan warga asing. Tanpa dokumen yang sah, kanak-kanak ini tidak dapat memasuki alam persekolahan. Kanak-kanak ini kebanyakannya menjadi “kanak-kanak jalanan” dengan melakukan kerja-kerja yang pelik seperti mencuci kereta sehinggalah menjaja rokok-rokok seludup. Ramai yang dipersalahkan bagi beberapa jenayah seperti kecurian kecil di Sabah. Laporan menyatakan kanak-kanak itu yang berumur antara 14 hingga 18 tahun dilihat merayau-rayau di jalan-jalan di Johor Bahru, tidur di atas kotak di kaki lima, makan daripada sisa restoran, menggunakan tandas awam dan lelaki dewasa memeras ugut wang daripada mereka. Kanak-kanak dan remaja-remaja ini berkata mereka lebih suka mengisi masa mereka di jalanan disebabkan kemiskinan keluarga atau berasal daripada keluarga yang berpecah belah, dan guru-guru serta rakan sebaya mengejek mereka di sekolah. Ini menunjukkan bahawa perlindungan sosial kita tidak cukup bagus untuk membantu golongan miskin ini. Kerajaan harus lebih efisien dan efektif dalam memastikan kanak-kanak tersebut tidak tercicir pelajaran disebabkan kemiskinan mereka dan kehadiran mereka yang tidak disenangi di sekolah. Guru besar dan pengetua sekolah harus lebih prihatin untuk membantu pelajar-pelajar yang miskin. Saya minta kementerian yang berkenaan mengambil tindakan yang tegas bagi mengurangkan masalah ini.

Explore posts in the same categories: Bills for Enactment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: