Ucapan Rang Undang undang Institut Sukan Negara 2011

Terima kasih Tuan yang di-Pertua yang saya hormati.

 

Walaupun menghargai langkah kerajaan untuk meningkatkan taraf sukan di negara ini,  terdapat beberapa isu yang tidak disentuh dan yang merupakan faktor utama untuk melahirkan pemain bertaraf dunia yang mampu memenangi Pingat dalam Sukan Olimpik, Sukan Asia atau dalam acara antarabangsa yang lain.

 

Keutamaan akta yang dicadangkan

adalah  berkaitan dengan fungsi dan pentadbiran Institut Sukan Negara (ISN). Akta ini tidak mengandugi mekanisme insentif ganjaran kepada atlet supaya dapat melahirkan atlet yang cemerlang dalam sukan dan menjadi antara yang terbaik.

 

Persoalan asas yang kita semua perlu tangani adalah mengapa ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka untuk menjadikan sukan sebagai kerjaya mereka? Perlu ada satu dasar yang adil dan seragam atau akta yang memberi peluang sama rata kepada semua atlet tanpa mengira kaum. Sukan walaupun ganjaran mungkin lebih tinggi mengikut kategori acara. Rang undang-undang ini harus menyediakan perlindungan yang secukupnya dengan memastikan masa depan atlet yang berpotensi menyumbang pingat terjamin, kemudian barulah penyertaan belia dalam sukan akan meningkat dan disokong oleh ibubapa.

 

Ahli sukan tidak dilahirkan oleh ISN. Badan ini hanya mengenal pasti bakat dari Sekolah, Kolej dan atau universiti dan suasana permainan ditempat ini diperkukuhkan dari segi sukan untuk melahirkan atlet yang terbaik. Hakikatnya, kelahiran Atlet khususnya olahraga ketika ini yang terjejas teruk perlu dikaji secara telus dan jujur. Kementerian mesti keluar satu Dasar Sukan Negara (National Sports Policy) yang memberi panduan untuk memajukan sukan negara. Semua kemajuan perlu berasas daripada polisi ini.

 

Sukan sepatutnya dijadikan mata pelajaran wajib ketika persekolahan tetapi keadaan begitu menyedihkan di negara ini di mana kebanyakan sekolah kekurangan padang permainan, mengenepikan peralatan sukan atau pakar-pakar untuk melatih dan mendidik atlet.

 

Pemain terbaik tidak boleh dilahirkan dengan makanan saintifik sahaja tetapi dengan minda yang kuat (mentally strong), hanya fokus untuk menjadi cemerlang dalam sukan, kerja berpasukan yang begitu kukuh (team work) and akhir sekali disiplin.

 

Pada tahun 60-an, terdapat pertandingan kelab bola sepak di peringkat daerah, negeri dan peringkat kebangsaan. Ia telah dimulakan tetapi dari semasa ke semasa ia semakin dilupakan. Kita mempunyai banyak kelab bola sepak yang mengambil bahagian di peringkat daerah. Banyak ladang-ladang bersaing dan memenangi piala di peringkat daerah. Hari ini semua itu telah tiada. Belia-belia kita tiada saluran untuk mengasah tenaga muda dan bakat mereka. Ramai yang ketika ini menjadi mat rempit, samseng dan penagih siber (cyber addicts). Ini semua kerana tiada padang permainan di kawasan bandar. Populasi bandar meningkat dan luar bandar pula berkurangan. Kita mempunyai begitu banyak masalah sosial.

 

Pertandingan antara sekolah adalah sengit dan kita juga mempunyai guru-guru yang berdedikasi yang telah mengorbankan masa mereka untuk pelajar-pelajar dan sekolah. Generasi guru-guru yang berdedikasi ini telah hilang kerana dasar kerajaan tidak menghargai mereka. Kita mempunyai pembuat dasar yang bersifat perkauman, berpandangan cetek (short sighted) dan mementingkan diri sendiri (self centered). Mereka telah memusnahkan sukan negara kita. Itulah sebabnya, malah hari ini kita tidak dapat melahirkan pelapis Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan Arumugam. Dalam bola sepak kita pernah sebaris dengan Korea Selatan tetapi kini mereka telah sampai ke Sukan Olimpik, kita pula berjuang untuk menjadi yang terbaik di Asia Tenggara.

 

Akta ini tidak hanya tertumpu pada makanan saintifik dan bina badan (body building) sahaja, tetapi termasuk membina kekuatan mental, disiplin, semangat berpasukan dan semangat patriotik. Institut ini perlu melahirkan jurulatih dan pengurus yang berdedikasi kepada sukan.

 

Institut ini juga perlu menganjurkan persidangan pembangunan sukan di mana semua jurulatih dan pengurus sukan tempatan boleh bertukar-tukar pendapat bersama-sama dengan rakan-rakan mereka dari negara-negara lain. Salah satu tugas, Ketua Pengarah (DG) mesti terbuka, telus dan inklusif mengenai kemajuan membangunkan sukan lelaki dan wanita.

 

Badan-badan sukan mesti diterajui oleh bekas pemain sukan, dan profesional sukan untuk menjadi pengurus, jurulatih dan ketua perbadanan sukan, tetapi bukan ahli-ahli politik.

 

Explore posts in the same categories: Bills for Enactment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: