Ucapan Rang Undang-undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010

Dengan tertubuhnya Bank Simpanan Nasional, satu babak baru telah tercipta dalam sejarah institusi simpanan wang di Negara ini. Akta Bank Simpanan Nasional 1974 memperuntukkan pemindahan kuasa pengurusan dari Jabatan Perkhidmatan Pos kepada Lembaga Pengarah yang mengambil alih tugas-tugas dan tanggungjawab mengenai perjalanan bank ini mengikut tujuan Akta tersebut. Soalan saya apakah tujuan asal Bank Simpanan Nasional ini ditubuhkan?

Penubuhan BSN memainkan peranan yang penting dalam memberi perkhidmatan perbankan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Apakah sumbangan BSN kepada masyarakat dan bagaimanakah BSN memberi sumbangan yang adil dan saksama kepada semua kaum?

Pelbagai isu berkaitan perbankan terutama kemudahan mendapatkan pinjaman bagi usahawan kecil dan sederhana di bank-bank milik kerajaan seperti BSN sering kali menjadi rungutan. Persoalan yang selalu dibangkitkan ialah kos pinjaman lebih tinggi dan kurangnya produk pinjaman di bank berkenaan berbanding bank swasta seperti Maybank, CIMB dan RHB. Apakah bentuk bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi membantu golongan pengusaha kecil dan sederhana (SME) yang tiada pilihan melainkan mengharapkan bank kerajaan terutama BSN atas banyak faktor termasuk syarat yang terlalu ketat dikenakan oleh bank swasta?

Kerajaan sepatutnya mengkaji dan mencontohi bank-bank milik kerjaan di Korea, Singapura, Jerman dan banyak negara lagi yang bukan sahaja hebat di negara masing-masing malah disegani di peringkat antarabangsa.

Penggabungan beberapa bank swasta hasil inisiatif kerajaan tidak lama dahulu telah membolehkan bank-bank tertentu menjadi pemain cemerlang di landskap perbankan bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat serantau. Mengapa kerajaan  tidak menyediakan peluang yang sama seperti yang disediakan oleh bank-bank swasta contohnya menggabungkan Bank Simpanan Nasional dengan bank-bank milik kerajaan yang lain? Saya percaya jika peluang itu diberikan akan membuka dimensi baru kepada perbankan Malaysia selain menaikkan imej negara. Pucuk pangkalnya peluang. Sudah banyak keluhan rakyat dan usahawan berkaitan isu perbankan ini, yang masih tidak ditangani dengan berkesan.

Berdasarkan banyak maklum balas, syarikat besar dan usahawan yang kaya tidak menghadapi masalah untuk memenuhi permainan konsultan yang sebahagiannya ‘direstui’ oleh bank-bank. Maka golongan yang kaya ini sahajalah yang akan mendapatkan pinjaman besar sementara pengusaha kecil dan sederhana menggigit jari. Saya bimbang ini semua akan membentuk putaran ganas. Bank hanya mengkayarayakan golongan yang sudah kaya manakala yang susah terpaksa mencari ah long. Malah pada hari ini, sudah menjadi rahsia terbuka dalam industri perbankan, gejala rasuah dalam institusi itu cukup serius. Inilah persekitaran yang kita sendiri wujudkan. Siapakah yang harus dipersalahkan?

Explore posts in the same categories: Bills for Enactment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: