Ucapan Rang Undang-undang Akta Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010

Secara rasminya kerajaan menangguhkan dan enggan menyiarkan maklumat, malah kesahihan maklumat yang disiarkan kadangkala meragukan. Pengisytiharan Rio 1993 mengakui hak akses kepada maklumat berkenaan alam sekitar dan ia disokong oleh syarat-syarat dalam perjanjian antarabangsa antara kedua-dua sifat umum (general nature) dan berkenaan topik-topik tertentu, seperti kepelbagaian biologi (biological diversity), kawasan paya (wetlands), spesis yang terancam dan perubahan cuaca. Walaupun begitu, Malaysia masih tidak menggunapakai hak untuk mengetahui penggubalan undang-undang atau undang-undang dengan pendedahan peraturan yang ketat berkaitan maklumat alam sekitar. Sebaliknya, Akta Rahsia Rasmi yang ketat.

Alam sekitar Malaysia – dari kekayaan alam semula jadi dan keperlbagaian biologi yang sangat banyak hingga ke pencemaran di tempat-tempat tertentu dan kepupusan habitat merupakan kunci sebahagian warisan rakyat Malaysia. Rakyat mempunyai hak untuk dimaklumkan mengenai pencemaran dan risiko alam sekitar yang lain yang boleh memberi kesan terhadap kesihatan.

Pihak yang harus dipersalahkan di rantau ini adalah Indonesia yang tidak mengawal kebakaran hutan. Malah baru-baru ini pada 20 Oktober 2010, sebanyak 204 buah sekolah rendah di Muar dengan jumlah pelajar seramai 80,000 diarahkan tutup disebabkan kemerosotan kualiti udara kepada 432. Kerajaan juga tidak mengeluarkan apa-apa amaran berkenaan penurunan kualiti udara tersebut. Penggubal undang-undang Indonesia menolak perjanjian Asia Tenggara yang bertujuan untuk memperjuangkan asap yang merentasi sempadan. Perjanjian itu menuntut pusat koordinasi serantau bagi membantu menggerakkan sumber-sumber untuk menangani kebakaran, yang selalunya disebabkan oleh amalan potong dan bakar oleh petani-petani, syarikat pembalakan dan perladangan.

Saya ingin mengetahui mengapa tiada syarikat Malaysia yang mempersoalkan kebakaran hutan. Apakah tindakan yang diambil untuk mencegah kebakaran hutan yang mengakibatkan jerebu di rantau ini?

 

Explore posts in the same categories: Bills for Enactment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: