Rang Uundang-undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)

Tuan Yang di-Pertua,

 

Kesan industri pembalakan ke atas masyarakat sering diabaikan apabila menilai kemusnahan yang berpunca daripadanya, terutama memandangkan ramai penduduk terlibat, seperti orang asli and orang penan. orang penan kehidupan penduduk dibelenggu pelbagai masalah, dan potensi kemerosotan ekonomi menggantikan faedah yang kian hilang, yang selama ini disediakan oleh hutan.

 

Kesan kegiatan pembalakan ke atas alam sekitar yang begitu banyak dikumpulkan, jelas menunjukkan amalan pembalakan yang memusnahkan melalui penggunaan jentera berat yang memberi kesan hebat terhadap kemampuan hutan meneruskan fungsi-fungsi alam sekitar dan ekologinya yang penting. Di kawasan legeh di mana hutan ditebang atau dimusnahkan, aliran air yang minimum berkurang ketika musim kering, menyebabkan berlaku kemarau, sementara banjir berlaku pada tahap kemuncaknya dan hakisan tanah meningkat ketika musim hujan. Banjir di sepanjang Sungai Baram di Sarawak begitu kerap berlaku sejak pembalakan bermula, di mana banjir paling buruk melanda pada tahun 1979 dan 1981.

 

Pembalakan sering memusnahkan habitat semula jadi, mengakibatkan pemupusan banyak hidupan dan kadangkala membawa kepada pemupusan spesies di peringkat tempatan dan ada kemungkinan spesies dunia juga. Sungguhpun anggaran tentang kadar pemupusannya berbeza, hanya segelintir pihak yang menafikan hakikat bahawa tumbuhan dan haiwan kebelakangan ini sedang mengalami kepupusan. Menurut satu laporan bersama oleh WWF dan Jabatan Perhutanan Sarawak, “Pembalakan mengakibatkan gangguan hutan dalam masa yang singkat, perubahan persekitaran semula jadi dalam jangka panjang (iaitu kemusnahan pokok yang menjadi sumber makanan dan kawasan yang menjadi tempat haiwan menjilat garam), meningkatkan kegiatan memburu oleh pekerja syarikat balak dan penggunaan jalan-jalan pembalakan untuk berburu. Pemusnahan hidupan liar berikutan kehilangan tempat tinggal secara meluas perlu disedari.”

 

Pembalakan terpilih sekalipun menjejaskan kepelbagaian biologi hutan yang kaya dan kompleks dengan begitu hebat menerusi pemusnahan kawasan penahan sisa, pemusnahan tumbuhan atau spesies pokok lain dan pemupusan spesies yang paling berharga untuk balak. Kajian Freedom of Association (FAO) di Malaysia menunjukkan kira-kira 50% daripada hutan yang masih ada mungkin musnah dan tanah permukaan rosak apabila 30% permukaan tanah terdedah.

Dalam operasi pembalakan di Sarawak, spesies hutan yang dianggap tidak menguntungkan sengaja diracun. Ini mengurangkan kekompleksan dan kepelbagaian spesies hutan tropika kepada hanya 10% daripada keadaan asalnya, mengakibatkan penghapusan secara sistematik sumber-sumber genetik pokok dan pencemaran alam sekitar. Menurut IUCN, ancaman paling kerap yang disebut mengenai spesies yang mengalami ancaman kepupusan di seluruh dunia ialah ‘penebangan pokok’. Saya ingin bertanya kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar apakah langkah kerajaan yang sedang dijalankan bagi memelihara dan memulihara hutan di negara kita?

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

Komuniti Dayak telah berkali-kali mengadu kepada pihak berkuasa tentang masalah yang mereka hadapi berhubung aktiviti pembalakan dan hak ke atas tanah, tetapi aduan mereka sering tidak dipedulikan. Kewujudan undang-undang membabitkan Hak Tanah Adat Penduduk Asli tidak diendahkan oleh syarikat persendirian. Sambil menyokong kepentingan syarikat-syarikat ini, pihak polis dan jabatan perhutanan bertindak menangkap dan menahan penduduk asli yang membuat bantahan.

 

Antara langkah lain adalah dengan menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan. Demi untuk kepentingan generasi akan datang kerajaan juga boleh mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi. Di samping itu juga, kerajaan harus memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram, (seperti membalak di kawasan perlindungan hutan – TAMAN NEGARA), pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal. Banyak negara hutan hujan tropika mempunyai undang-undang perhutanan dan alam sekitar yang lemah atau penguatkuasaannya begitu longgar. Disebabkan kelemahan ini, kadar penebangan hutan, jumlah kayu balak yang dikeluarkan dan selanjutnya eksport hasil balak yang diproses tidak diawasi secukupnya dan biasanya tidak mapan. Kebanyakan syarikat mempunyai rancangan pengurusan hutan yang buruk, jarang dipatuhi atau tidak ada sebarang rancangan yang bernas.

Tuan yang Di-Pertua,

Saya juga ingin menyentuh tentang isu kes penderaan seksual ke atas gadis dan wanita kaum Penan yang dilakukan oleh pekerja pembalakan. Baru-baru ini pertubuhan Dana Bruno Manser (BMF) mendakwa Samling Global Ltd.  yang merupakan firma gergasi pembalakan di Sarawak berterusan membuli masyarakat Penan dengan memaksa mereka ‘menutup mulut’ berhubung penderaan seksual dan perogolan gadis serta wanita Penan jika mahu perkhidmatan pengangkutan percuma diteruskan. Ia dibuat dengan pendedahan tujuh lagi dakwaan eksploitasi seks oleh pekerja pembalakan dengan memetik seorang ketua kampung Penan, Jawa Nyipa yang berkata dia diminta oleh pegawai Samling untuk menandatangani kenyataan bahawa wanita-wanita itu menarik balik dakwaan mereka – atau tidak mereka akan kehilangan perkhidmatan pengangkutan. Syarikat itu bagaimanapun menafikan perkara itu dan kerajaan negeri Sarawak mendakwa tuduhan itu sebagai tidak berasas. Apakah tindakan polis terhadap laporan tersebut? Bagaimanakah nasib gadis dan wanita Penan ini?

Semenjak Samling memulakan kegiatan pembalakan di kawasan Ulu Baram, masyarakat orang asal menghadapi kemusnahan alam sekitar akibat dari pembalakan. Pihak syarikat dengan bebasnya menceroboh tanah NCR dan hutan tanpa sebarang kebenaran atau rundingan dengan penduduk asal tanpa mengambil kira sumber kehidupan mereka. Banyak aduan dan tuntutan telah dibuat kepada pihak berkuasa dan syarikat pembalakan tetapi tidak dilayan. Terbaru, Samling mendapat liputan meluas media antarabangsa apabila dana pencen kerajaan Norway menarik balik semua pelaburan dalam Samling selepas mengutuk syarikat itu sebagai tidak beretika, disebabkan kegiatan pembalakan haram dan pemusnahan alam sekitar yang dilakukan di Sarawak.

 

 

 

Explore posts in the same categories: Bills for Enactment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: