Archive for August 2011
MIC’s mission is to deliver Indian votes to UMNO and then beg UMNO
August 5, 2011Statistik pekerja asing
August 3, 2011PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA SESI JULAI 2011
PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : Y.B. SENATOR DR. S. RAMAKRISHNAN
Soalan
Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:
(a) statistik pekerja asing mengikut negara asal mereka dan sektor pekerjaan kerana terdapat pendatang asing ini yang menyalahgunakan pas pelajar dan pas lawatan sosial dengan melakukan pekerjaan yang tidak bermoral seperti pelacur dan pengemis; dan
(b) apakah tindakan kerajaan untuk membanteras perniagaan secara haram yang dilakukan oleh pendatang asing ini di negara kita.
Jawapan
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator di atas soalan yang dikemukakan.
Mengikut statistik daripada Jabatan Imegresen Malaysia, bermula dari 1 Januari 2010 sehingga 31 Disember 2010, terdapat seramai1,817,817 warganegara asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif.
Warganegara asing hanya dibenarkan bekerja dalam enam (6) sektor seperti berikut:
- Pembantu rumah
- Pembinaan
- Pembuatan
- Perkhidmatan
- Perladangan
- Pertanian
Lima buah negara sumber yang mempunyai pekerja asing paling ramai di Malaysia dari 1 Januari 2010 sehingga 31 Disember 2010 adalah seperti berikut:
Negara Sektor |
INDONESIA |
BANGLADESH |
NEPAL |
MYANMAR |
INDIA |
Pembantu rumah |
189,391 |
64 |
63 |
114 |
497 |
Pembinaan |
151,333 |
50,303 |
3,050 |
12,221 |
3,488 |
Pembuatan |
127,127 |
144,332 |
209,446 |
116,478 |
7,982 |
Perkhidmatan |
28,587 |
22,002 |
26,502 |
19,368 |
38,648 |
Perladangan |
214,594 |
20,480 |
2,032 |
3,462 |
16,954 |
Pertanian |
81,777 |
82,294 |
10,323 |
8,861 |
27,543 |
Jumlah |
792,809 |
319,475 |
251,416 |
160,504 |
95,112 |
Berhubung dengan tindakan untuk membanteras perniagaan secara haram oleh pendatang asing di negara kita, perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mengeluarkan lesen untuk sesuatu perniagaan.
Recent Comments